Monday, October 19, 2009

Imej Baru...

Semenjak hari raya baru ni aku dah mula pakai tudung... memang rasa panas, rimas dan pening2 lalat masa mula2 tu tapi alhamdullilah sekarang ni aku dah rasa selesa bertudung untuk ke tempat kerja atau ke mana2..... cuma mungkinla aku belum lagi mahir bab lilit melilit, letak2 keronsang, macam perempuan lain yang dah lama pakai tudung dan profesional dalam lilit melilit tudung....huhu...

Rakan-rakan ofis memberi bermacam reaksi 'waa habis dah seksi you', (hehehe seksi kah aku dulu tu???) 'dah insaf sekarang' dan juga maklumbalas yang positif dengan imej baru aku... muka aku nampak comel dan bersih serta nampak lebih ayu... aku harap tu komen jujur dan ikhlas... kalau warna tudung tak sesuai dengan warna baju ataupun warna tudung tak menaikkan seri muka aku pun ada yang komen.....semua komen2 tu aku ambil positif.... boleh memperbaiki lagi penampilan... sebagai wanita berkejaya penampilan tu penting... kena maintain vogue gak tapi kena la sopan dan berimej Islam..... :)

Hmmm aku ucapkan terima kasih pada kepada mentor aku yang dah pun jadi 'darling' aku sekarang ni kerana bertegas untuk aku pakai tudung waktu raya....... actually aku minta posptpone pakai tudung awal tahun depan... kononnya sebab tak ada koleksi tudung lagi... Ohh nanti aku uploadkan gambar aku yang bertudung ni...

Friday, September 25, 2009

Hutan Lipur Lentang...


Waa dah sebulan lebih aku tak jenguk blog ni dan tak buat posting apa2.... kenapa haa?? mungkin selama sebulan tu aku sibuk dengan personal matters dan keje2 yang perlu dibereskan kut :).... anyway, here i am again....

On the way balik dari Pahang ke KL, sempat singgah di Hutan Lipur Lentang berhampiran terowong Karak tu.....anak sedara aku Dania dan Daniel yang beria2 sangat nak mandi kat sini.....dah buat rancangan awal2 lagi sebelum balik raya.... ramai juga yang singgah disini.... mungkin sebab keindahan hutan semulajadi dan airnya yang nampak jernih untuk mandi manda....seronok juga duduk2 santai dan makan2 sambil melihat pengunjung mandi manda........ berhampiran tempat kami duduk2, ada satu keluarga besar siap bawa peralatan barbeque.... bakar petai lagi... baunya menusuk2 kat hidung....

Untuk beriadah sebenarnya, mandi di air terjun atau sungai adalah pilihan terakhir dalam list aku..... aku tak beberapa suka ke tempat yang sunyi, tak ramai pengunjung....redup atau gelap... kecuali la kalau pergi dalam team macam kursus alam sekitar, etc ....aku punya imaginasi macam2... kalau ler terjadi apa2 kan susah ....maka aku lebih gemar ke tepi laut atau ke theme park yang dah tentu ramai orang :) huhu...

Sunday, August 16, 2009

Nasi Ayam Penyek Kuching...


Last week dari 11 hingga 14 Ogos 2009, berada di Kuching untuk menghadiri satu mesyuarat di Hotel Harbour View. Selalunya kalau ke Kuching, aku sibuk shopping aksesori wanita…aku tak kisah sangat nak tengok2 tempat atau nak cuba2 local food… kali ni berbeza pulak….. aku dapat makan nasi ayam penyek… mengikut kata pegawai yang mengiringi kami nasi ayam tu berasal dari Indonesia…..ayam goreng + sambal, kobis mentah dan pucuk ubi kayu rebus…. Sebagai side dish kami dihidangkan dengan tempe goreng + sambal….. tempe tu bewarna coklat kehitaman…. Mungkin telah digaul dengan kicap terdahulu sebelum digoreng……Hidangan simple saja tapi bila dah makan terasa lazat dan memang menyelerakan… mungkin sebab sambalnya ataupun sebab bahan yang digunakan untuk perapan ayam tersebut sebelum ianya di goreng….dan mungkin juga sebab nasi penyek dan tempe tersebut dihidang atas pinggan yang diperbuat daripada kayu…..aku uploadkan gambarnya disini…

Selain tu, aku sempat juga pergi ke Pasar Satok beli ikan terubuk masin sebagai pembuka selera di bulan puasa nanti… then pergi juga kat kedai kek lapis Dayang Salhah di Kampung Gersik….bermacam2 jenis kek lapis home made….pengunjung boleh merasa sample kek2 lapis yang telah dipotong2 kecil sambil duduk2 di atas sofa yang disediakan…..rasa kek lapis di situ berlainan daripada yang dijual di kaki2 lima kedai di bandar Kuching maupun yang dihidangkan oleh hotel tempat aku menginap…. teruja juga dan aku beli 2 jenis kek lapis……hmmm pergi jalan2 waktu outstation ni memang tak puas, maklum masa amat terhad…. mee kolok lum sempat rasa....Next year aku rasa nak bercuti kat sini… nak pergi shopping kat Sariken, tengok Rainforest Music Festival dan naik boat across the river.....

Sunday, August 9, 2009

Pesta Flora....

Actually aku jarang sekali pergi ke any public event… konon tak tahan panasla, kesesakan bla.. bla… Tapi bila mentor aku duk tanya tak pergi ke Pesta Flora?? Aku macam teruja pulak….dari cerita dia macam best jer…. Aku pernah pergi ke Glasgow Garden Festival… long time dulu masa zaman student……lokasinya berdekatan dengan tempat kapal-kapal layar berlabuh…. Expectation aku Pesta Flora kat Putrajaya tu tentu seakan2 kat Glasgow tu…..

Hmm mula2 tu nak pergi hari Sabtu tapi anak sedara aku Daniel kena demam, so plan2 ngan my sister nak pergi hari Ahad, 9 Ogos 2009….janji pukul 9.00 pagi…Aku sampai kat rumah my sis pukul 9.15 pagi, ingat depa semua dah bersiap… hening dan sunyi saja… bibik yang tolong buka pintu… rupa2nya my sis sekeluarga baru bangun tidur… ….Sementara tunggu they all bersiap aku tengok tv...... sempatla tengok kartun Xmen dan Tom n Jerry then makan nasi goring….Sampai kat tapak pesta flora tu hampir pukul 11.00 pagi… matahari dah terik gak waktu tu….aku pakai topi dan bawa payungla… …beli air minuman then masuk ke tapak flora indoor …. Banyak juga gubahan2 dari bunga2 yang cantik….geram tengok bunga2 yang cantik… snap a few pictures, cantik tak yang aku upload ni???……then jalan2 tengok tapak flora outdoor…..ada tapak jualan pokok2 bunga dan barang2 perhiasan rumah dan juga kain baju….aku beli sepasu orkid warna purple…harganya rm12 n baja rm14…. Untuk kenangan jer…aku harap pokok orkid tu akan survive well di bawah jagaan aku… so far aku tak pernah tanam atau jaga pokok orkid ni….aku suka roses, lily dan orchids… tapi untuk ditanam di kawasan rumah, aku akan pilih pokok yang senang aku nak tinggalkan untuk outstation macam kaktus….. :P

Sempat juga we all naik shutter , dibawa pusing2 tapak pesta flora ni… ada gubahan2 bunga oleh Jabatan Kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta…. semua pun menarik dan ada keistimewaan tersendiri….. matahari semakin terik dan badan rasa belengas…..anak2 sedara aku dan merengek2 lapar dan penat ….then kami pun balik…. on the way balik singgah kat Jusco Equine… lunch kat Kenny Rogers …. Then aku balik terus ke rumah dan tak singgah ke mana2….masa mandi sental badan dengan lulur, kulitku dah terbakar.....malam tadi lak masa nak masuk tidur perut rasa lapar sangat… nak makan roti tapi tak ada dalam simpanan, yang ada cuma maggie mee… tak ada mood nak makan maggie mee tengah malam buta….nak tak hendak terpaksa la masak nasi….. lega tengok dalam almari ada kari ayam dalam tin ….waa makanan dalam tin ni penyelamat keadaan….panaskan sekejap dan makan dengan nasi tu….simple jer tapi waktu tu aku rasa makanan tu sungguh lazat....aku tidur dengan nyenyak lepas tu….huhuhu

Tuesday, August 4, 2009

Satu Hari Yang Penuh Peristiwa.....

Lewat petang pada 28 Ogos 2009, sebelum balik aku nampak ada memo baru di atas meja…rupanya arahan untuk bertugas luar di Kuala Krau, Temerloh dari 29 – 31 Julai 2009…. waa short notice ni…. aku baca sepintas lalu lampiran aturcara.... ada majlis/aktiviti formal dan ada yang tidak formal..... Aku bukan reti nak drive ke situ berseorangan… nasib baik bila aku telefon rakan setugas dari Bahagian lain…. Dia kata aku boleh tumpang pergi dengan dia, janji pukul 10.00 pagi … Aku bangun seawal 5.00 pagi untuk kemas beg dan bersiap2….nak sediakan frieskies dan air minuman secukupnya untuk kucing2ku….

Tiba-tiba jer hujan turun dengan lebatnya waktu aku sedang sibuk2 mengemas…. Lega by 7.15 am…hujan dah berhenti . Aku memandu quite berhati2 sebab maklum jalan licin… semasa aku mengambil selekoh berhampiran ofis… tiba2 bas Nadi Putra berwarna merah di depanku membelok ke kiri…. badan bas tu menyilang …. Aku tekan brek sebelum kereta melanggar badan bas tu…tetapi kereta aku pulak terpusing dan naik ke bahu jalan….memang tak boleh buat apa2…aku dah suspen takut kereta terbalik….aku tekan brek dan kereta berhenti… nasib takde apa2…. Aku jeling pada bas tu… aku tengok bas tu turunkan seorang penumpang lelaki di tepi jalan……..ada kereta Wira putih duk tunggu bas tu beredar….aku bengang betul…suka2 saja bas ni nak membelok dan turunkan penumpang walaupun di depan selekoh, lepas tu pergi macam tu jer………. Aku tak sempat nak ambil nombor pendaftarannya……Aku call rakan ofis dan beritahu yang aku kemalangan .... minta dia datang segera… Aku cuba nak drive kereta ke jalan semula… tapi sebab bahu jalan tu tinggi… aku tak berani, tunggu jer sampai rakan ofis datang…..
Then mentorku pandu kereta terus ke ofis…. beria2 dia sabarkan aku….dia kata syukur aku selamat dan tak cedera…. gangguan emosi jer....minta aku beristifar banyak2… … dia cakap apa pun tak masuk dalam kepala aku … aku betul2 sakit hati dan geram sebab tak dapat nombor plet bas tu…. Kalau tidak boleh telefon hotlinenya dan buat complain…..issshhhh2

Lepas makan dan minum aku jadi cool sikit....Then pukul 11.00 pagi, rakan aku tiba dengan kereta ofis… dia bawa bersama seorang pembantu. On the way, singgah sebentar untuk lunch di sebuah restoran di Taman Melati baru.... Kami tiba di Kuala Krau pukul 2.40++ pm… pekannya kecil sahaja tetapi tak sangka jauh kedalam di kiri kanan jalan terdapat banyak penempatan dan kampung2…..aktiviti lewat petang yang telah diatur oleh penganjur ialah lawatan ke Pusat Pengembangan Akuakultur, Perlok, Jerantut… tempat semaian benih ikan…. seronok juga tengok anak2 ikan ni….(huhu aku uploadkan gambar salah satu ikan kat situ….comel tak ikan Tapah tu???)...Sebelum waktu magrib, kami dijamu dengan durian kampung, rambutan kuning dan merah…..di samping tu, ada pertunjukkan kebudayaan yang menarik oleh masyarakat Orang Asli……

Sunday, August 2, 2009

Nursing Kucing....

Oren dan Comel bukan makin sihat selepas balik dari klinik, tetapi makin demam dan bersin saja... sampaikan Blackie dan Jericho turut terkena jangkitan...... dari kucing yang sihat dan aktif, Blackie tiba2 jer kena demam teruk... siap kena sakit mata lagi....bibir dia siap jadi hitam kebiru-biruan.... Aku terpaksa minta kebenaran untuk balik ke rumah dari bos kejap.... aku rasa tak sedap hati... takut2 bila sampai kat rumah kucing aku dah kaku dan kejang.... kebetulan pagi tu aku dapat tahu dari sumber internet kalau kucing kena selsema teruk... sebenarnya 80% nyawanya dalam bahaya.... ada tip kalau lidah kucing dah hitam... untuk elakkan jadi tambah teruk... titiskan dengan air kelapa.... Aku singgah kat kedai mamak dan beli sebiji kelapa.... minta pekerja kedai mamak masukkan air tu dalam plastik...Sampai kat rumah aku masukkan air kelapa dalam mangkuk plastik, lepas tu aku baca la fatihah, ayat Qursi dan Bismillah Enam pada air kelapa tu ....pastu aku tangkap Blackie .... aku ngagakan mulut dia dan titiskan air kelapa....meronta2 tak mau telan air kelapa tu... aku terpaksa berleter.... 'Kie, nak baik ke tak mau' #@??!....hehehe aku assume kucing tu faham la.... lepas tu aku paksa gak kucing2 lain tu telan titisan air kelapa tu....lepas tu aku balik semula ke ofis.... nasib la rumah dekat jer dengan ofis....

Bila balik dari keje petang tu... aku lega tengok keadaan Blackie bertambah baik... lidah dia takla hitam lagi dan dah boleh minum air.... All in all, ada la seminggu lebih aku jaga n nursing kucing2 ku yang sakit..... Ni kira pengalaman pertama kali la...... kucing2 aku yang aku pernah bela sebelum ni , tak pernah pula kena demam teruk dan berhari2.....kalau dah bela kucing kena la jadi responsible owner kan??? lagipun kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi SAW... ;P

Tuesday, July 28, 2009

Le Paris Hotel...

Pada 21 hingga 24 Julai 2009 yang lepas aku berada di Hotel Le Paris, Port Dickson. Hotel pilihan officemate ...sebelum ni tak pernah ke sana.... hotel tu terletak berhampiran pekan PD....hotel lama, furniture dan carpet nampak cam antik .....pun begitu the service dll overall ok. Makanan banyak choice gak dan sedap.... cuma we all 45 orang ajer, kebetulan masa tu takde Kementerian/Jabatan lain yang ada mesyuarat di situ.... walk in guest pun tak ramai... Bilik aku mengadap laut.... jelas kelihatan kapal2 yang berlabuh.... saujana mata memandang melihat kapal dan laut ni.... pun begitu ada waktu laut bergelora...dua malam berturut laut bergelora.... bunyi angin bertiup kuat macam orang menangis dan merintih.....suspen gak ... tak semena2 jer aku teringat pada Tsunami... dan tragedi kapal Titanic tu... huhuhu.

Aku teringin nak berendam kat kolam renang dan jakuzinya yang mengadap laut.... tapi lupa pula bawa swimming suit.... tak ramai guest yang mandi manda kat situ... mungkin they all pergi jalan2 di pekan PD takpun main games... kat sini ada kemudahan bowling alley dan games machines... one of the day selepas bertungkus lumus membina bahan, peserta mesyuarat adakan perlawanan bowling... ada 4 group semuanya... aku dan colleague sponsor hadiah. Aku tengok happy benar peserta mesyuarat main bowling.... Setiap kumpulan pun dapat hadiah hamper .... bukan kalah menang yang utama... yang penting friendship spirits.


Lepas check out hari Jumaat tu, aku ke ofis dulu hantar LCD dan bahan2 mesyuarat.... petang tu aku pergi minum2 dengan mentor aku..... then aku drive balik... Sebaik aku sampai ke rumah, mula2 yang aku check ialah kesan bedah kucing2ku... waa aku panik sebab ada nanah dan kesan luka..... nak pergi ke klinik jer...tapi St. Angel tu dah tutup pada pukul 5.00 petang... malam tu keadaan haru biru, Oren dan Comel asyik bersin dan nafas turun naik....Esoknya aku standby awal2 lagi untuk bawa kucing2 tu ke klinik haiwan.... aku tengok doktor tu senang ajer picit2 nanah kucing tu, sapu ubat dan pakaikan kolar supaya depa tak jilat kesan luka tu... kesian aku tengok rupa Oren dan Comel bila dipakaikan kolar... monyok terus dan Comel asyik tunduk, tak mau angkat muka... doktor bagi banyak ubat dan chargenya pun boleh tahan mahal... rm 138.

Sunday, July 19, 2009

Coretan Bulan Julai... Huhu


Huuh dah 3 minggu rupanya aku tak update lansung blog ni....bulan Julai pun dah hampir sampai ke penghujungnya.... waa aku wrapkan jer la semua yang terjadi bulan Julai ni...

Demam
Aku kena demam pada Sabtu, 4 Julai...siang aku ok jer... waktu malam tiba2 aku batuk2 dan kena selsema yang teruk... pagi Ahad aku pergi ke private clinic kat Puncak Jalik, kena charge RM 50.00..... malam tu badan kejapp sejuk kejap panas dan kepala pening sangat.... aku baring jer dan rasa cam nak menangis dan meragam.... tinggal sorang2 kan, mana ada sapa2 nak layan....sedih huhuhu...kalau mak ada tentu dia layan dan buatkan sup ayam....Isnin tu ingat dah baik...aku pergi ofis tetapi bertahan kejap jer, demam datang balik... pergi semula ke klinik tu, doktor tukar anti biotik....., agaknya yang diberi sebelum ni tak cukup power kut....kena charge RM40 dan dapat MC leave... kiranya charge ubatan rm90 ni la paling tinggi yang pernah aku bayar ..selalunya kos ubat di bawah rm50.... Walaupun demam belum baik sepenuhnya, keesokan harinya aku pergi ke KWSP, Bangi... ada kursus sehingga 10 Julai 2009. Ofis dah bayarkan rm 700. Fasilitator dari USA... 2 hari berturut2 aku muntah2... batuk2 sepanjang kursus... sampai ada peserta kursus tanya... u tak pergi jumpa doktor ker???.... agaknya takut aku spread virus kut.... iyela masa tengah hangat virus HINI... siapa tak bimbang....
Kucingku di Spay
Pada 16 Julai aku minta kebenaran bos untuk keluar sekejap...aku dah buat appointment kat St. Agnes Medical Centre untuk hantar 2 ekor anak kucing.... agar mereka dineuterkan.... Klinik tu buka pukul 10.00 pagi dan aku tiba 15 minit lebih awal... kesian Comel dan Oren sepanjang jalan mengiau2 sebab tak biasa naik kereta.... Doktor Sharon timbang berat badan kucing2 tu dan masukkan dalam sangkar...lepas tu aku balik semula ke ofis... Balik rumah petang tu aku tengok Jericho dan Blackie cam boring jer.... sunyi kut tanpa ada kucing2 betina tu...

Petang Sabtu doktor telefon minta ambil kucing2 tu.... masa aku masukkan ke dalam kereta, Comel dan Oren nampak mengantuk dan tak bermaya... mungkin kesan ubat pelali kut....kesiannya...tiba dirumah aku basahkan tuala kecil dan lap2 badan kucingku... then bagi makan.... aku tengok selera kucing tu tak berubah, Oren dan Comel masih kuat makan..... lepas tu kedua2nya mamai dan tertidur... Jericho dan Blackie rindu kut pada both kucing tu, siap jilat2 badan2 kucing tu.... Bila dah pasti depa tido, aku sapukan ubat pada tempat jahitan tu... ...hmm doktor pesan supaya kucing2 tu dimasukkan dalam sangkar selama 7 hari, agar lukanya cepat sembuh..... tapi kucing Malaysia, mana nak duduk dalam sangkar... hyperaktif dan suka bebas.......semalam tu bila aku tengok kucing2 tu masih mamai2 dan asyik tido jer aku lega habis...
Tempahan Baju Raya
Sementara menunggu panggilan doktor untuk ambil kucing, tengahari tu aku drive kejap ke Jalan Bangsar untuk buat tempahan baju raya bagi kain ela yang aku beli kat Labuan tempohari ... nyonya tailor tu terkejut gak tengok muka aku... maklum dah berkurun aku tak tempah baju kat dia.... tapi tu la orang lama jahit baju memang selesa di pakai.... aku kena charge rm 200 untuk 2 pasang baju yang ditempah... mahal sikit sebab lining sekali... sejak bekerja di Putrajaya, aku dah tempah baju kat a few tailors.... mula2 tu okla tapi lama kelamaan aku tengok baju yang siap tak ikut saiz dan kemahuan aku... bahu jatuh dan saiz baju makin besar... bila pakai nampak tak kemas dan tak terletak, macam baju pinjam la pulak.... entah ler mungkin tailor melayu suka buat baju besar2.... ramai gak kat ofis aku nampak pakai baju kurung yang mengelebeh dan bahunya jatuh.... dari belakang memang nampak teruk... huhuhu. Longgar is ok tapi saiz bahu baju mestila ikut saiz sebenar pemakainya ....
Outstation di Port Dickson
Esok routine aku mula balik.... outstation sehingga Jumaat, 24 Julai 2009 kat Port Dickson. Risau juga nak tinggalkan 2 ekor kucing tu.... bimbang depa duduk kat luar rumah dan terlebih aktif, nanti terkena jangkitan apa2 yang menyebabkan luka pembedahan tak sembuh. Moga semuanya baik la....

Thursday, June 25, 2009

Outstation di Labuan

Pada 22 hingga 24 Jun 2009, aku dan Ketua Unit pergi ke Labuan atas urusan kerja.... sewaktu aku call pegawai connection di sana untuk tempahan kenderaan... aku diberitahu in fact ada lagi seorang pegawai dari ofis aku tapi dari Unit berlainan yang perlu mereka entertain....dia dah pun buat tempahan bilik di Hotel Sara. Bagi menyenangkan pemandu mengambil kami pergi dan balik aku buat tempahan dua bilik di hotel yang sama.

Kunjungan ke Labuan pada kali ini merupakan yang ke 3... aku pernah ke sana long time ago, masa tu duduk di Hotel Waterfront. Sempatla pergi ke Taman Burung dan Muzium Hidupan Laut waktu tu.... banyak tempat boleh dilawati kat Labuan ni... kena pergi bercuti bukan atas urusan kerja barulah seronok.....Anyway, keesokkan paginya pemandu dan 2 orang pegawai pengiring datang ke hotel pada pukul 8.30 am. Selepas urusan kerja selesai, lewat petang pada 23 Jun 2009, aku dan KU pergi jalan2 cari makan dan tempat untuk shopping... kami masuk ke kedai kain ela the Modern Boutique dan the Newstore, aku beli dua set kain ela berharga RM 210 termasuk lining....rasanya harga kain tu kat Gulati's di Alamanda sama saja.....then singgah kat kedai coklat dan perfume....akhirnya sekali kami singgah kat tempat makan2 berhampiran jetty....tempat tu kalau dijaga dengan baik, tidak seperti waterfront di Kuching.... kami makan ikan kerapu masak 3 rasa, baby kailan goreng belacan dan udang goreng cili dan berkunyit + air kelapa.......then hampir Magrib, kami balik semula ke hotel...

Keesokkannya selepas selesai urusan kerja kami ke kedai fozen food SSB, berhampiran hotel untuk order udang kertas...... tapi tak ada stok.... so order udang bunga, termasuk bungkusan RM 35. Balik ke hotel ....kemas barang then driver datang dan hantar kami ke airport....plane selamat mendarat pada pukul 7.50 pm.... waktu aku beli tiket KLIA ekspress ke Putrajaya, aku tanya cashier tu lagi berapa minit train nak berlepas, dia kata lagi 2 minit... waa aku ingat dah tak sempat naik train tu....huhuhu lega! lega! dapat juga aku naik sebelum pintu tertutup rapat.....kalau tak aku kena tunggu another 30 minutes for the next train....letih haa...

Pagi semalam kat pejabat, aku tengok atas meja ada desktop baru jenis Acer, flat skrin... happy tak terkata, senyum manis daa....technician kata semua pegawai yang masih guna desktop hitam jenis Dell dapat jenis flatskrin tu.....waa berkat kesabaran la ni...hehehe luckier than those yang dapat awal sebelum ni.... awal tahun 2009, ramai pegawai dapat komputer baru....jenis Acer tapi skrinnya square, big and bulky... aku dan rakan yang namanya belum tersenarai hanya boleh lihat dan bersabar saja...maklumlah komputer yang kami gunakan tu dah berusia 7 tahun.....Hmmm aku nak tengok gak expression rakan2 aku yang masih outstation...bila depa balik next Monday, tentu yang baru dapat akan happy, manakala yang dapat komputer baru bulky dan square tu sebelum ni tentu mencebik......hehehehe nak wat camne kan!!!...

Tuesday, June 16, 2009

17CCEM.....


Hmmm pagi ni aku berada semula di ofis... penat dan rasa mengantuk masih belum hilang selepas berhari2 key in nama, particulars untuk peserta 17th Commonwealth Countries Ministerial Meeting dari 15 hingga 19 Jun 2009 di KLCC. Sebelum event sebenarnya aku dan rakan2 bekerja keras untuk pastikan nama dan data semua petugas JK kecil dan peserta telah dimasukkan ke dalam sistem pendaftaran......

Setiap hari kami akan bertugas dari pagi hingga ke 8 pm atau 10.30 pm. Bertugas di kaunter pendaftaran walaupun pengalaman baru ...tidaklah merumitkan...cuma perlu key in data dan ambil gambar passport size photograph seperti di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara....tapi yang memeningkan kepala ialah menangani kerenah peserta forum, mesyuarat, petugas pameran, pihak media dan lain-lain... The first two days, everything went fine... then pagi third day tu tiba2 sistem komputer down, hanging sedangkan queque panjang untuk dapatkan pass.......sewaktu sistem komputer ok, queque bertambah panjang........ peserta yang datang dari luar negara, aku tengok sabar menunggu giliran masing2.... tapi lain pulak dengan peserta dari Malaysia...... banyak sangat makanan berempah dan yang pedas2 kut tu sebabnya tak sabar dan mudah naik angin.... rakan setugas aku mengadu dia dimarahi oleh seorang lecturer pada awal pagi2 pagi sebelum 7.20m sewaktu kaunter baru nak dibuka.......agaknya lecturer tu rasa diri dan jawatan dia tu besar sangat......

Sepanjang event 17CCEM tu berlansung para petugas ditempatkan di Hotel Impiana, walking distance jer ke KLCC, biliknya corporate look dan makanan kat situ pun ok....Oh ya, ada satu malam tu lepas waktu keje, aku dan rakan2 berjalan kaki ke restoran mamak, Pelita untuk makan2... bos bermurah hati nak belanja....Dalam perjalanan dapat lihat ramai orang berkumpul menikmati pemandangan malam di tepi tasik sekitar Petronas twin tower tu.... seperti berada di LA kut.... oohhh jika tidak kerana bertugas di CCEM ni, aku mungkin tidak menikmati suasana tengah malam di situ..... :)

Friday, May 22, 2009

Hmm... Melaka

Tahun lepas aku plan2 nak adakan mesyuarat di Melaka... tapi sehingga akhir tahun 2008 tiada kesempatan juga bermesyuarat di Melaka.... lebih berat ke JB, Kuantan, Kuala Terengganu, Miri takpun di hotel2 di sekitar Kuala Lumpur ajer....akhirnya pada 19 hingga 22 Mei 2009, aku ke Melaka... mesyuarat kat Hotel Orkid, hotel pilihan rakan sekerja... dialah yang menguruskan pakej dan segalanya....

Bangunan hotel tu kecil sahaja jika dibandingkan dengan hotel2 berhampiran yang pernah aku diami seperti hotel Bayview, Grand Continental, ... tapi walaupun kecil kemudahan mesyuaratnya memuaskan hati....Wifi boleh diakses dimana2 tanpa charge...makanan on the whole pun sedap.... cuma dessertsnya tak banyak pilihan macam hotel2 besar yang lain......anyway, pada 20 Mei tu, kami semua tak dinner di hotel, sebaliknya pihak hotel dah aturkan makan seafood....mula2 dengar kami akan di bawa keUmbai... tetapi kemudian bertukar lokasi di restoran kat Ajung Batu..berhampiran jeti nak ke Pulau Besar....hidangannya kerang rebus, mussles goreng bercili, ikan siakap dan ikan patin bakar, sotong bersalut tepung, udang besar bakar, nasi lemak, air kelapa, jus oren dan jelly kelapa.... waa apa lagi masing-masing betul2 makan dan meratah2 seafood tu sehingga kekenyangan... bila dah kenyang tentu rasa mengantuk... sesi mesyuarat dimulakan pukul 9.00 pm dan berakhir hampir pukul 11.30 malam.... ada juga peserta yang stay sampai pukul 12.00 pm semata2 untuk selesaikan tugasan masing2....

Keesokkan harinya selepas waktu mesyuarat, ada peserta dari Melaka bermurahati untuk membawa aku dan 2 orang lagi rakan pergi berjalan2 menaiki keretanya...oleh kerana aku dah pernah pergi ke Kota A Famosa, perigi puteri Hang Li Po, naik beca, etc....so pergi kami decided nak gi shopping mall jer.. pergi Mydin sebab difahamkan bangunannya besar..... :) tambahan pula aku dah lama tak pergi Mydin KL....pun tak pernah masuk ke Mydin Putrajaya....hehehe bangunannya memang besar.... takla shopping kat situ buat tinjauan jer...kami singgah kat a few kedai jual tudung dan butik pakaian di luar Mydin.....aku beli set kebaya bersulam....bila tengok rakan2 beli tudung, teruja jugak nak beli...aku pun cuba2 pakai... akhirnya aku pun turut membeli, yang aku rasa vogue la.....ada azam nak pakai tudung one day....huhu...:)) InsyAllah.

Sunday, May 17, 2009

Petua Imam Shafie

Semalam dapat email dari rakan masa sekolah menengah dulu2 tu....rasanya bagus untuk aku masukkan kat blog untuk dikongsi pada sesiapa saja yang mengunjungi blog aku ni...

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi 4.
Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tuesday, May 5, 2009

Oohh Cermin Tingkap Kereta

Kata orang semakin sesebuah kereta berusia, mula la ianya meragam... mmmm betul la tu sebab tahun ni kereta aku akan menjangkau usia 5 tahun...petang Ahad sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah, untuk pertama kalinya aku mengalami masalah cermin tingkap tak boleh diturun naik... passenger side ajer...tiba2 sewaktu turunkan cermin untuk biarkan udara masuk sementara nak pasang air cond... risau juga kut2 hujan turun tiba2...tapi nak kedai aksesori kereta, hari pun dah lewat petang...

Semalam nak pergi betulkan cermin tingkap tu tapi jadual kerja padat...kebetulan ofis di beri tanggungjawab untuk pendaftaran peserta seminar....dari pagi sampai petang duk buat simulasi pendaftaran.... Hari ni baru la terima kedatangan pelanggan untuk didaftarkan...lepas tu dengan ditemani mentor aku pergi ke pusat aksesori dan servis kereta di Putrajaya....Diberitahu motor cermin tingkap kereta dan switch button tak berfungsi... then tanya agak2 berapa chargenya untuk fixkan semula dan berapa lama masa yang perlu diambil... mekanik tu tanya kat bos dia...then dia beritahu mungkin ambil masa 2 hari... nak order motor tu lagi...chargenya pulak kalau tak silap dia kata rm 135....waa ambil masa that long....cam tak percaya jer diagnosis yang dibuat oleh mekanik dan owner kedai tu...

Dah hampir lewat petang, nak balik terus ke rumah aku pulak bimbang tentang hujan...Aku ambil keputusan pergi ke kedai aksesori kat Taman Equine jer berseorangan sebab my mentor dah nak balik ke rumah dia...aku singgah kat satu kedai aksesori tu... ada 3 buah kereta duk menanti giliran check...tanya mekanik tu dia kata kalau nak ganti motor tu ambil masa....dia kena order alat lagi....aku pun mula fed up dan nak drive balik jer....

Masa duk drive tu aku perasan ada 2 lagi kedai aksesori kereta di situ... aku parked kereta kat depan satu kedai tu... ada 2 wanita indon duk pandang2 kat aku... rasa tak selesa aku pusing stering, park kereta kat kedai satu lagi...mekanik check dan beritahu motor cermin tingkap rosak...dia kata pasang motor dan upah kena rm 85... rasa reasonable daripada kedai kat Putrajaya tu... cepat ajer mekanik tu pasang motor tu...dia guna motor yang bentuk dan brand yang berlainan dari yang asal...rupanya tak perlu la order alat motor yang sama jenis....

Dalam perjalanan balik, aku duk fikir2 kenapa kedai kat Putrajaya tu kata ambil masa sampai 2 hari dan kenapa kedai kedua yang aku kunjungi ambil masa nak order la, etc...padahal bukan la kerosakan mekanikal yang serious sangat pun... lagipun secara logiknya masalah cermin kereta jammed ni sering berlaku dan tentu kedai aksesori ada spare parts motor cermin tingkap tu.....
Waktu malam, masa masuk yahoo messenger, chat with Gjan about it... dia kata mungkin mekanik tu ganti dengan motor yang compatible dan bukan original sebab yang original memang ambil masa untuk ordering....aik why didnt i think about that before???

Friday, May 1, 2009

Last Minute Lagi...

Semalam selepas waktu lunch baru aku sedar dari leka...aku belum buat e-filing borang income tax tu....date linenya tengah malam....kelamkabut aku buka website LHDN....waktu tu jam menunjukkan 2.16 pm, memang dah duga tak boleh diakses smoothly....hanging jer....ramai ku yang kejar e-filing last2 ni.....aku pulak lupa kata laluan...cuba banyak kali, tak leh gak... akhirnya aku tukar kata laluan, baru la dapat akses borang e-filing tu...lega betul..tapi lepas aku berjaya key in segala maklumat dan butiran pada muka surat 3.... aku tak boleh pergi ke muka surat seterusnya...hanging sampai la waktu aku nak balik hampir pukul 5 petang.... aisey Celcom broadband yang aku subcribe lum leh connect pada internet sebab masalah teknikal, kalau tak boleh buat e-filing kat rumah jer....

Selepas minum petang, teh O dan mee goreng mamak, aku naik semula ke tingkat 8... jam menunjukkan pukul 6.15 petang, masih ada 3 orang officemates yang belum balik....aku masuk semula website e-filing, still hanging...risau gak.... aku rasa kalau website tu hanging jer... aku nak balik dulu ke rumah, lepas Magrib sanggup aku datang semula....camna pun aku nak hantar borang tu sebelum pukul 12 tengah malam by hook or crook....Waa aku amat bersyukur sebab hampir pukul 6.45 pm pm, URL e-filing boleh diakses smoothly... bila dah lengkapkan borang tandatangan elektronik dan tekan button send... aku rasa amat lega, lcam terlepas dari satu beban....lepas tu aku print borang tu untuk simpanan.... masa duk print borang tu baru aku perasan officemates aku yang lain, sume dah balik..... Lega lega....O lala aku dapat balik ke rumah sebelum Magrib...tak perlu datang ke ofis malam2... sebenarnya menyeramkan la berada di ofis sorang2 pada waktu malam....ada macam2 bunyi... huhuhu.

Aku berazam lain kali aku akan buat e-filing awal-awal lagi untuk taksiran cukai pendapatan tahun 2009 dan seterusnya ...

Tuesday, April 14, 2009

Hmm pagi tadi sewaktu bersarapan, mentor aku duk tanya... kenapa dah lama tak update blog???... tersentak sekejap.... hmm sebenarnya ada la 3 coretan yang aku dah taip tapi aku tekan button save jer bukan button publish tu... aku rasa cam tak best jer untuk dimasukkan kat dalam blog ni.....hold dulu la kononnnya....huhu since ada yang nak baca blog ni, aku publishkan coretan yang aku buat 2 hari lepas ok.... :p
Selalunya bila balik kerja.... sebaik memasuki rumah, aku pasti akan onkan channel Astro Oasis .... biar rumah dipenuhi dengan bacaan ayat alQuran, Asma ul-Husna dsbnya sebelum azan Magrib berkumandang.... semalam tu kebetulan ada rancangan Ikhtibar dari Tanah Suci... tentang seorang jemaah haji dari Kuala Selangor yang bertekad mengumpul duit untuk ke Mekah ... walaupun secara berdikit2 dan mengambil masa bertahun2 melalui kerjanya mengusahakan sawah padi, memelihara kambing, etc....bermula dengan membuka akaun sebanyak rm5... akhirnya beliau berjaya membawa bersama isteri dan ibunya yang tidak sihat dan perlu sentiasa berkerusi roda menjalankan ibadat haji....

Kisah lelaki itu memberi kesedaran betapa besarnya kuasa Allah yang memungkinkan sesuatu itu berlaku... sedangkan ada ramai yang berkemampuan dan boleh menyimpan wang dalam jumlah yang besar setiap bulan tetapi masih tidak sampai ke tanah suci lagi.... InsyaAllah, aku juga sudah menyimpan hasrat ke tanah suci, moga-moga Allah akan memakbulkannya. Amin2 Ya Rabbal Alamin.... ;)

Tuesday, April 7, 2009

Siapakah Gerangannya...???

Semalam tu sebaik menamatkan sesi taklimat ... aku jeling jam tangan....lagi 5 minit pukul 6.00 petang, kata rakan sekerjaku tak perlu lah kami menjamah minuman petang yang disediakan oleh penganjur... dia nak terus drive balik ke Putrajaya untuk mengelakkan hujan dan lewat sampai.....Perjalanan dari Kuala Lipis ke Raub amat menyamankan, cuaca baik....tetapi sebaik sampai di Bentong, hujan turun dengan lebatnya... waktu tu aku dan rakan sekerja sudah rasa kelaparan yang amat sangat...lalu kami ambil keputusan untuk singgah di medan selera berhampiran jalan utama...aku order nasi goreng cina sementara rakanku pula nasi goreng bercili api...bila nasi goreng tu sampai ke meja...aku tambah dengan udang masak sambal dan ulam kacang botol.....nasi goreng tu rasa sedap sangat bila tengah kelaparan ni...

Sewaktu sedang asyik makan sambil menonton tv, tiba2 datang seorang lelaki berjaket hujan hitam labuh dan berseluar hitam ... nampak mahal raincoat dia dan stail dia pun ala-ala model dan celebriti....sekali imbas dia memang nampak seperti pelakon Taiwan yang aku suka, Chow Yuan Fatt yang berlakon 'The Replacement Killers' tu...mula2 ingat dia bukan orang melayu tetapi sebaik dia membuka mulut dan order makanan......he sounded very Malay....Dia tanggalkan coat labuhnya yang basah dan letakkan dompet duit dan kunci atas meja bersebelahan meja kami ....Waktu dia duduk, aku jeling ... rasa2 macam pernah nampak muka dia somewhere...kat tv atau majalah...

Waktu menuju ke kereta aku nampak motor besar with a wind shield depan kedai makan... aku agak kepunyaan guy tu la...kata rakanku tu motor Harley Davidson.... aku betul2 curious... siapakah agaknya lelaki who has got the look of a celebrity tu ???

Monday, March 16, 2009

Aku Mangsa Ragut....

Aku selalu geram dan simpati pada mangsa2 ragut beg tangan dan barang kedai emas .....yang selalu terpampang di akhbar tempatan atau melalui berita2 di TV.....Selain kehilangan barangan berharga mangsa selalunya akan mengalami kecederaan fizikal dan yang tidak bernasib baik pula sehingga menemui ajal..... Tapi semalam tak disangka aku pun masuk dalam statistik kes ragut ni....

Kejadian berlaku pada pukul 5.35 petang, waktu tu aku baru saja keluar dari kedai menjual pakaian wanita sambil berbual2 dengan pekerja kedai tersebut... Tanpa aku sedari seorang lelaki meluru ke arah ku dan merentap rantai emas dileher ku.... kejadian berlaku terlalu pantas...aku macam tergamam...ada la seorang lelaki dari kedai makan berhampiran cuba mengejar tapi motosikal yang dinaiki oleh peragut tu sudah hilang kelibatnya... Aku tak sempat cam muka mau pun mengambil nombor plat motorsikal tersebut.....nasib la peragut tu tak buat apa2 yang mendatangkan kecederaan fizikal semasa merentap beg tangan aku.... kalau tak lagi banyak masalah la..... Untuk mententeramkan perasaan tengah malam tadi lepas sembahyang aku baca surah Yasin dan Hizib Bahar...... Moga2 peragut tu tak senang duduk sebab buat aniaya kat orang...

Kalau dibuat refleksi kembali bagaimana kejadian tu berlaku.... aku rasa ia seperti bukan coincidence... aku memang sudah dijadikan hit target atau di marked untuk diragut... waktu keluar dari kedai tu memang aku nampak motor dan 2 lelaki tu sudah ada di situ dan sebaik nampak kelibat aku, peragut tu terus melaksanakan tugasnya.... aku rasa mungkin aku dah dimarked waktu aku pergi ke restoran dan kedai runcit sebelum tu.... aku rasa macam phobia nak pergi beli barang2 kat situ lagi buat masa ni.... Lain kali kalau keluar rumah .... aku ikut pesanan mak supaya tidak membawa beg tangan mau pun pakai barang kemas.... demi keselamatan diri ......mungkin la sekarang ni perlu berhati2 dan berwaspada dengan keadaan persekitaran dan sekeliling maklum di saat2 krisis ekonomi yang melanda seluruh negara ni... bermacam kejadian yang tak diingini boleh berlaku

Ohh yer kawanku yang membaca blog ni...duk tanya kenapa tak masukkan tentang buat report kat polis....agaknya macam tergantung kut dia baca kisah ni... hehehe Anyway, aku buat report petang hari berikutnya... di balai polis Putrajaya keesokkan harinya....masih lagi dalam tempoh 24 jam tu....by pukul 8.00 malam aku pergi ke Pondok Komuniti Polis di Taman Desa Pinggiran Putra untuk berjumpa pegawai penyiasat dari balai polis Dengkil.... dia tanya2 tentang kejadian tu dan tulis report berdasarkan cerita ku then minta aku tandatangan borang tersebut......dia pergi juga ke tempat kejadian ragut tu berlaku....hmmm lega dah selesai buat police report ni... kes ragut tu tentu dah masuk dalam indeks jenayah......

Wednesday, March 11, 2009

Ikan Tilapia Bakar....

Waktu lunch tadi aku pergi ke Alamanda... actually nak cari ubat jerawat ....huhu dah 2 hari muka rasa tak selesa ...... ada jerawat kat atas bibir dan bawah pipi... all these while muka ku licin tanpa masalah jerawat...makan la apa saja, sambal belacan, kacang, etc.... Aku masuk ke Watson, beli Oxy 5 (10gm) harganya 6.90... ada sale dapat ler discount 0.98 sen....then aku beli Nivea Visage Soft Calming Mask....sebelum tidur malam nanti nak sapu kat muka musk tu.... harap betul2 mask tu ada calming effect ler...

Then aku lunch kat Food Court...menu pilihan nasi putih, sayur kacang panjang goreng, telur dadar then aku ternampak ikan bakar...yang ada ikan kembung bakar dan ikan tilapia bakar...mula2 nak ambil ikan kembung tapi ikan tilapia bakar tu nampak sungguh menyelerakan....aku letak kicap yang bercampur hirisan bawang dan sambal belacan atas ikan tu....tak pasti sebab aku rasa lapar atau apa....aku rasa ikan tilapia bakar tu sedap dan menyelerakan la pulak....tak ada pulak bau tanah dan maung seperti yang penah aku rasa sebelum ni.....huhu bertahun dah tak makan ikan ni.... waa lain kali boleh makan lagi kat gerai tu ... :p, aku rasa la penggemar ikan tilapia ni mesti kata.... "u dunno what u are missing, dear !!! ".... kan ???

Monday, March 9, 2009

Kisah Dua Pemandu Teksi....

Minggu lepas...jadual penuh dan amat memenatkan... hari isnin - 2 Mac 2009 aku ke ofis sehingga tengahari then petang ambil ambil flight ke JB....Selasa beri kursus dari pagi hingga petang...Lepas tu ada trip lawatan ke Ayer Hitam dan Pasir Raja....dan pagi esoknya 8.40 am pagi aku ambil flight ke KLIA..... Tiba di ofis, ambil kereta dan memandu pulang.... huhh aku kena tukar isi bag untuk ke Hotel Federal, Bukit Bintang petang tu bagi menghadiri satu lagi mesyuarat sehingga 6 Mac 2009... lepas mandi aku pergi semula ke ofis, cari bahan yang patut untuk mesyuarat dan petang tu call teksi nak ke Lrt Putrajaya ..... aku tak reti nak memandu bersendirian ke Bukit Bintang...ingat nak ambil Lrt ke KL Sentral then ambil teksi ke hotel tu.... teksi datang agak lewat tapi aku faham sebab masa aku call operator teksi tu jam sudah menunjukkan jam 4.45 petang... hmmm peak time, waktu orang balik kerja

Anyway, abg teksi tu kata dia lega tengok aku senyum walau dia lambat sikit... sebab pagi tu dia teruk kena marah teruk....kira2 kena blasted into pieces dengan seorang pegawai sebab dia lambat... pegawai tu tak jadi naik teksi tapi dia tak puas hati siap maki2 thru sms ....kata abang teksi tu mood dia swing, sampai dia buat aduan.... then dia rehat bawa teksi....kiranya untuk hari tu aku la penumpang dia yang pertama. Tiba di Lrt aku terus ke kaunter tiket....semasa duk beratur tu....tiba2 abg teksi tu datang....dia kata aku tertinggal handphone dalam teksi dia....aku tergamam.... ucap terima kasih ......... huhu aku pun tak perasan aku tertinggal phone....happy dapat pemandu teksi yang jujur ni....kata yang jual tiket Lrt di kaunter... 'kak, susah nak dapat pemandu teksi macam tu sekarang ni.....' Iyela, abg teksi tu merupakan contoh pemandu teksi yang baik....

Dalam perjalanan ke KL Sentral....aku kena berdiri sebab tempat duduk penuh....aku beli kupon teksi ke Hotel Federal.... harga nya rm 10 sahaja.... lama juga menunggu.... then tiba giliran aku.... kali ni pemandu teksinya amat berbeza dengan yang pertama.... abg teksi tu asyik merungut2 dan mencarut....jelas pada pendengaranku... antara kata2nya 'tak nak ke Bukit Bintang, apa la sialnya dapat ke situ ....., jem...p*** **k dll kata2 dan perkataan yang memedihkan telinga... Nak ajer aku tarbiyahkan abg tu.... aku tengok dalam teksi dia ada gantungan nama Allah, tapi dia duk maki2 dan cakap benda2 tak baik....macamana dia nak murah rezeki... dia tak bersyukur dapat penumpang......tambahan pulak jalan ke Bukit Bintang hari tu takde la jem teruk sangat pun....bukan salah penumpang... yang dia pergi ke KL Sentral buat apa??? pergi la ambil penumpang tepi jalan yang tak payah berkupon tu.... memang aku geram betul ....anyway, aku catit nombor teksi tu dan simpan dalan handphone

Bila sampai depan Hotel Federal, abang teksi tu pun tak keluar dari teksi .....aku turunkan sendiri bag dari bonet belakang..... lega dapat keluar dari teksi dia....aku rasa la kalau dia terus-terusan bersikap macam tu... rezeki akan jauh dari dia !!!!

Friday, February 27, 2009

Anatomi Seorang Sahabat...

Malam tadi sebelum tidur baca majalah MIDI edisi Januari 2009... rasanya menarik juga untuk dimasukkan ke dalam blog..........tentang seorang sahabat yang benar2 ikhlas....susah kan mendapat seorang sahabat yang benar2 mempunyai kriteria seperti di bawah.... Dalam keadaan susah dan senang kehadiran seorang sahabat yang setia merupakan suatu bonus kehidupan... tapi adakalanya di saat getir atau kesusahan...seseorang yang tidak begitu rapat dengan kita menghulurkan bantuan...... tidak kisahlah samada dia itu sahabat, teman, kawan , kenalan....yang penting adalah keikhlasan...
Mata
* sentiasa melihat anda seadanya
* sentiasa melihat yang terbaik dalam diri anda


Telinga
* sentiasa bersedia untuk mendengar
* memberikan perhatian pada setiap apa yang anda tuturkan
Mulut
* berkata benar dan jujur dalam memberikan pandangan
* menjadi mulut anda sekiranya anda tidak boleh berkata-kata
* jujur dalam setiap tutur kata

Bahu
* akan menjadi kekuatan anda tatkala anda tidak mampu membawanya lagi
* sentiasa menjadi sandaran ketika anda berada dalam kesedihan

Tangan
* sentiasa memberikan pelukan mesra tatkala anda memerlukan
* sentiasa membuat anda berasa selesa
* membimbing anda sekiranya anda memerlukan
* menarik anda bangun ketika anda jatuh

Hati
* mencintai anda tanpa syarat
* anda sentiasa diingati olehnya setiap waktu

Kaki
* berjalan bersama anda sepanjang hidupnya
* menjadi sahabat anda yang paling baik


Sunday, February 22, 2009

Kisah Cinta dan Kesetiaan.....

Weekend baru ni aku duk tengok movie jer kat saluran ASTRO...citer semua berkisar tentang cinta, kasih sayang dan kesetiaan....tajuk semua movie tu lupa la coz dalam bahasa asingkan...anyway nanti aku cari kemudian...yang pertama citer Korea... a lengthy one...nearly 3 hours tiap2 hari Sabtu...finally citer tu habis... secara ringkasnya cerita tu mengisahkan seorang ayah dan anak lelakinya yang mencintai seorang gadis.... si ayah mengenali perempuan tu masa dia muda ketika dia bekerja untuk keluarga gadis tersebut...anak lelakinya, seorang doktor... pula mengenali gadis tersebut sewaktu dia hilang ingatan.... bila ingatan gadis tersebut pulih, timbul konflik antara keduanya.... tetapi oleh sebab gadis tersebut mempunyai sejenis penyakit dan harapan untuk hidup tipis... keduanya sama2 cuba menggembirakan dan memenuhi impian akhir gadis tersebut....akhirnya gadis tersebut mati....ironinya diakhir cerita lepas 3 tahun si ayah dan anak lelakinya pergi ke pantai tempat mereka bertiga selalu berkunjung.....waaa bertuahnya gadis tersebut dicintai dua lelaki.... huhuhu...... :p

Movie kedua...citer hindustan... heronya Sahid Khan....citer tu mengisahkan seorang gadis cantik mendapat ibu dan adik tiri..... kecantikannya dicemburui oleh ibu tiri...sehinggalah satu hari gadis tersebut bertunang dengan seorang pemuda yang kaya.... Pada malam perkahwinan, rumah pengantin terkena percikan bunga api dan terbakar.... gadis cantik tersebut telah melecur teruk tubuhnya kerana menyelamatkan adik tirinya....Sewaktu hampir dibedah sihero datang dan menyatakan akan berkahwin dan menerima keadaan sigadis.... waa sihero memang nak buktikan dia jatuh cinta pada sigadis kerana paras rupa....pembedahan berjaya dan sihero dengan sabar menjaga sehingga gadis tersebut sembuh.....akhirnya mereka berkahwin dan hubungan si gadis dengan ibu tiri menjadi erat.....

Movie ketiga citer hindustan.... watak utama Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit dan Salman Khan... citer tentang Suraj dan Radha berkawan rapat sejak kecil.....Radha kemudian bertemu jodoh dengan Gopal... Namun begitu Suraj selalu datang berkunjung ke rumah Radha.... Radha pula selalu menelefon Suraj jika dia menghadapi masalah rumahtangga etc...Hubungan yang rapat tersebut tidak disenangi oleh Gopal dan dia menaruh syak wasangka yang Radha dan Gopal mempunyai hubungan sulit.... Gopal menfailkan penceraian terhadap Radha....Akhirnya Suraj mengadu pada Suman, girl friendnya yang buta.... Suman berjumpa Gopal dan menuduh Gopal buta hati dalam menilai isterinya... Dia memberitahu dalam sehari sewaktu Suraj menelefonnya pasti nama Radha akan disebut2 tetapi dia tidak cemburu buta kerana tahu mereka berdua adalah kawan rapat sejak kecil..... Diakhir cerita Gopal berjumpa Radha dan meminta maaf atas sikapnya yang suka berprasangka... Mereka sama2 pergi ke majilis anugerah nyanyian kepada Suraj.... Sewaktu juruacara meminta Suman menyampaikan piala tersebut kepada Suraj... Suman telah mengatakan bahawa dia tidak berhak untuk berbuat demikian.... yang berhak adalah Radha kerana Suraj merealisasikan impian Radha sejak kecil untuk melihat dia berjaya sebagai penyanyi... siap beritahu lagi di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita... tetapi wanita tersebut tidak semestinya seorang isteri atau kekasih....dia mungkin seorang kawan, cikgu dan sebagainya......

Huhu kata2 tersebut mengingatkan aku kepada artikel yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar di dalam Mingguan Wanita, menurut Dr. Tuah orang yang memberi impak dalam kehidupan kita tidak semestinya orang yang kita cintai atau paling rapat dengan kita iaitu isteri, suami atau kekasih....sebaliknya orang itu boleh jadi kawan, kenalan yang baru kita kenali dan sebagainya..... mungkin ada kebenarannya kut.... hmmm kalau wife tanya husband atau gf tanya bf or vice versa ...siapakah yang memberi inspirasi? etc... sebut lak nama orang lain... mau masam mencuka, tak pun tarik muka 14...... hehehehe.... cemburu tu tanda sayang !!!

Sunday, February 15, 2009

Coretan Kenangan ~ Cebu, Phillipines


Pada 8 hingga 13 Februari 2009, aku telah diberi peluang untuk menghadiri seminar bersama 4 lagi rakan dari Kementerian yang sama di Pulau Cebu, Filipina. Seminar tersebut diadakan di Hilton Cebu Resort & Spa atas tajaan sepenuhnya oleh World Bank. Untuk sampai ke resort tersebut cuma mengambil masa 15 minit dari Cebu Airport....dikiri dan kanan sepanjang jalan terdapat perkampungan setinggan dan squatters yang padat dengan penduduk....rumah2 kecil tersebut dikelilingi oleh zink2 dan papan2 agar tidak mencacatkan pemandangan......ada kedai runcit dan gerai2 menjual makanan dan buah2an....walaupun penempatan tersebut nampak usang dan padat, terdapat tanah/ruang kosong untuk budak2 dan anak2 muda berkumpul di waktu petang untuk aktiviti riadah ...

Selama berada di sini....cabaran paling utama tentula untuk mendapatkan makanan halal....pihak hotel sediakan makanan untuk vegetarian tetapi makanan yang dihidangkan tak menarik lansung, pasta dan tauhu yang dimasak dengan tomato ketchup.... tasteless....terpaksa la makan salad ataupun dessert...kalau tak kelaparan......Malam kedua berada di sana, kami telah diraikan dengan jamuan makan malam di Lahug. Ada persembahan tarian etnik, tradisional + yang ada pengaruh Amerika....kostume, props, lenggok tarian memang menarik dan mempesonakan...Makanan pulak memang banyak....tetapi selera makan mati...... apa taknya terselit di celah2 meja makanan ....daging babi grill siap ada kepalanya terdongak lagi.....bau dalam dewan sungguh memeningkan....ditambah pula dengan rakan sebelah ku dari negera Vietnam duk makan benda alah tu....Aku tengok peserta Indonesia makan dengan berseleranya....mereka tak kisah sangat bab ayam disembelih atau tidak....alasannya darurat.....balik ke resort aku rasa kelaparan yang amat sangat....Esok pagi sewaktu menikmati breakfast, aku dan rakan2 bercerita tentang dinner tu....huhuhu rupa-rupanya rakan2 ku yang lain pun hilang selera dan turut kelaparan malam tu ...;).


Malam keempat kami telah diraikan oleh pihak World Bank dengan special dinner berhampiran pantai....ada persembahan.... tarian2 etnik dan tradisional lagi... ada persamaan dengan tarian etnik di Sabah dan Sarawak dan tarian Melayu especially tarian dari kepulauan Mindanao....biasa at the end penari2 pasti akan mengajak tetamu menari bersama....hmmm aku mendapat jemputan dari seorang penari perempuan untuk menari tarian buluh...aku tolakla...walau pun rakan2 desak ikut menari....huuuh yang tu aku suspen sikit ...tersempit kaki nanti....anyway, bila ada lagi yang datang mengajak...this time tak leh mengelak....aku pergi gak...tunjuk sporting...hmmm menari langkah2 buluh yang disilangkan di kaki dan di atas kepala....waa seronokla....bila selesai ramai orang duk snap gambar... kerlipan lampu kamera tu buat cam rasa celebrity pula....perasan kejap jer hehehehe

Ohh yang paling aku tak boleh lupa... kemana2 aku pergi pasti ada jer orang menegur dan bercakap dalam bahasa Tagalog kat aku... ramai kata kata muka aku sebiji Filipino (yang lawa la..hehehe), actually aku dah biasa orang kata aku cam Thailand, Indonesia, Sabahan, Sarawakian.... malahan Brunei........hmmm agaknya sebab berkulit putih dan body lak small frame kut....huuh tak kisah la...kalau aku kelihatan seperti one of them....ada juga kelebihannya sebab kalau aku pergi ke tempat2 tersebut takde la orang akan stare semacam kat aku.........


Setiap hari seminar bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang, jika tiada aktiviti disediakan oleh pihak penganjur, kami akan menaiki van resort ke SM shopping Mall, lebih kurang 40 minit perjalanan....a big shopping complex with a tight security....untuk memasuki bangunan kena lalu scanner seperti di airport, beg tangan perlu dibuka dan alat pengesan dimasukkan ke dalam beg....lepas shopping kami mengambil teksi untuk balik....teksi disini dipandu dengan begitu laju sekali....pemandu teksi asyik tekan brek dan bunyikan hon ajer....selamba ajer dia mencelah2 antara bas dan kenderaan lain...sedangkan kami yang berada di dalam teksi kecut perut......he really gave us a terror ride. Jalan di sini lurus, panjang dan sempit, tak banyak alternative routes.......masing2 mencari ruang untuk kenderaan masing2...kenderaan yang paling banyak dah tentu 'jeepney.....

Pada hari ketiga kami seperti langkah kanan kerana mendapat pemandu teksi yang baik bernama Ricky...Dia bersedia untuk menghantar kami ke shopping mall.... mengambil dan membawa kami ke tempat makanan laut....it so happen restoran makanan laut tersebut diusahakan oleh isteri dan keluarganya....kami makan butter scallop, ikan merah besar masak sup dan grill, sayur campur, udang masak sos tiram dan air pepsi...harganya lebih kurang 1,600 peso saja untuk 3 orang ladies.....malam terakhir berada di Cebu, kami pergi lagi ke restoran tersebut kena bayaran 3,700 ++ peso .....menurut Ricky tempat tu ditutup kepada awam pada pukul 10.00 pm kerana keadaan tidak selamat.....iyela tidak sukar memahaminya....penduduknya padat tetapi kerja tidak mencukupi....terdapat perbezaan dan jurang yang nyata antara orang miskin dan kaya di pulau ini.....hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri walau macam mana pun....

Selsema dan Batuk Laa......

Waa cam berkurun lamanya tak menjenguk dan mencurah perasaan kat blogku ni...huhu...hari ni i am back in the office...pagi ni,in fact sehari suntuk semalam duk batuk2 jer...sakit2 dada dan tak boleh tidur dengan nyenyak malam tadi...ada la 2 jam kut tidur....pagi ni tengok kulit sekitar hidung mengelupas....aisey spoil jer muka ku.....aku kena selsema teruk hari Sabtu... sampai hidung tersumbat dan tak boleh bernafas...hmmm baru sedikit nikmat kesihatan yang ditarik ...aku dah rasa gelabah....tak boleh bayangkan kalau kena penyakit teruk2 dan terlantar kat hospital... mau aku nangis hari2 dan cari mak agaknya.....

Anyway, aku mula rasa nak demam tu masa dalam Airbus on the way ke Malaysia dari Manila...ni gara2 menunggu lama di airport dan lambat makan...pagi tu penuh perasaan kami ambil flight pukul 6.45 a.m dari Cebu Airport untuk ke Manila. Semua excited nak transit kat Manila for a few hours dan shopping kat sana....tapi tak sangka perjalanan dari domestic terminal mengambil masa yang lama, walaupun jaraknya tak la jauh sangat...dan setiba di International Terminal untuk masuk ke dalam bangunan pun satu hal...kena queue, panjang pulak tu....kena go through scanner, siap kena tanggalkan kasut lagi....memikirkan betapa lambat dan susahnya the whole process, aku dan rakan2 batalkan hasrat untuk berjalan2 dan shopping di Manila..kami duduk saja di kerusi sementara menunggu kaunter MAS dibuka....tak boleh lepak kat mana2sebab cuma ada coffee stall yang menjual coklat dan sandwich ringan jer....lobby menunggu ni kelihatan seperti tempat kuarantin penumpang... suasananya sesak dan memenatkan.....

Hampir pukul 2.00 pm baru kaunter MAS dibuka....rupanya MAS share kaunter tiket dengan Korean Air...bila petugas Korean Air dah selesaikan urusan dengan passengernya, baru la MAS pula ambil alih...masa tu baru la nampak kain pemidang di belakang kaunter diganti, bunga di letak di atas meja kaunter, weighing scale dll ditolak oleh pekerja airport...kalau kat negara sendiri, MAS nampak gah jer....bile kena menumpang di airport negara lain ni....urhh nampak begitu menyedihkan....

Sementara nak masuk ke main terminal building tu ada 2 kali lagi kena lalu kat tempat security checking dan kena tanggalkan kasut....huhhh memang tight security betul kat sini...At long last lega. dah masuk main terminal building...boleh cari makanan dan shopping...rupa-rupanya, tak de choice jugak.. yang boleh dimakan tuna sandwich jer dan air coffee....memang lapar separuh maut dan masa tu semua orang dah mula rasa pening dan mual sebab makan lambat....sabar ajer la...akhirnya pukul 4.50 pm our flight departed to KLIA....safely landed kat airport pukul 8.35 pm....lega melihat KLIA yang tenang ....

Tuesday, February 3, 2009

Legalah !!!!.........



Ohh at long last lepas berhari2 mengemas, akhirnya aku pindah juga ke rumah baru hari Sabtu baru ni.......sekurang2 aku boleh menarik nafas lega... dah reda sedikit tension uruskan hal2 pindah rumah ni, sewa lori, buka ASTRO dan air cond. cuci rumah dll....lepas susun atur perabot dan barang2 rumah yang mana patut, pasang CD ayat Quran berkali2, aku dah mula terasa seperti berada di rumah sendiri .....

Cuma kesian pada Jericho...dia macam tak suka rumah baru, rumah baru tak de tangga tempat dia suka lepak2 dan tidur...hari pertama tinggal di rumah baru...dia mengiau2 sampai tengah malam... non stop mundar mandir, makan dan minum pun tak mau....badan dia panas sangat macam demam......akhirnya dia tertidur.......pagi tu bila aku buka pintu dapur...dia keluar tapi tak lama lepas tu dengar dia bergaduh dengan seekor kucing hitam...lepas tu tak balik2, aku dah mula risau kut dia tak tau cari jalan balik....then tiba2 lepas Magrib Jericho muncul....huhuhu aku lupa deria bau binatang amat bagus....Anyway, harap semuanya baik2 saja selama aku dan kucingku berada dan tinggal di rumah baru ini.

Target by Friday ni aku dah selesai mengemaskan barang2 dan mop lantai2 dan buang habuk2 di rumah...lepas tu boleh la aku pergi ke salon rambut ... sejak dua menjak ni penampilan diri terabai sebab duk fikir nak mengemas dan mengelap2 habuk barang2....tambahan pula dari 8 hingga 14 Februari 2009, aku kena pergi ke Cebu, Phillipines untuk menghadiri seminar.... memang kena vogue kan diri semula kan....hehehe :p

Tuesday, January 27, 2009

Aktiviti Cuti Tahun Baru Cina......

Waa cam berkurun lamanya tak jenguk blog ni....tadi tu nak log in pun sampai tersilap password... hmmm tak boleh jadi ni... kena curah perasaan kat sini.... :) huhu badan rasa cam sakit sakit ni... sebab cuti 4 hari sempena Tahun Baru Cina aku duk mengemas rumah....berhari2 penatnya... malam tadi mengemas sampai pukul 12.30 malam... habis hitam2 tangan coz bungkus barang2 fragile dengan suratkahabar....Kesian Jericho sampai tertidur kat atas suratkhabar dek lama menunggu aku yang tak tidur2..... Walaupun ada bantuan dari bibik petang, tapi ada jer lagi barang2 yang belum kemas lagi .....Laga betul bila my brother in law kata ada orang nak set sofa yang aku nak buang tu....an Indonesian, kenalan my brother in law....lepas Magrib lori datang ....my sister n family dia pun ada ....aku gave away a massage chair n an oil painting to my sister...

Tinggal 2 bilik jer lagi belum kemas...paling banyak buku2, majalah2 dan tentunya baju....walaupun tinggal berseorangan, seboleh mungkin nak rumah aku cam rumah berkeluarga2 supaya taklah rasa tinggal sorang2.....aku suka kumpul barang2 perhiasan rumah... masa sewa rumah ramai2, housemate pun kata barang2 aku banyak....bukan setakat barang rumah jer, beg pun aku suka yang besar2.... masa study kat Bristol dulu tu....ingat lagi kawan2 aku kata... u ni, the smallest in the group tapi ur luggage bag is the biggest!.... walaupun the guys komplen2, depa tolong angkat barang2 aku kat bilik di tingkat empat....kalau outstation selama 2 hari aku tetap bawa beg seperti nak outstation selama seminggu....hehehe nak buat camna kan

Hmmm selama cuti tu takde la aku mengemas jer, mau boring hidup kan.....bila my sister call 'Yong, datang ler bibik masak nasi ayam, ikan kerapu masak 3 rasa...bla bla... aku pun apa lagi terus jer pergi rumah dia....tambahan pulak gas di rumah dah habis....tak ganti2 lagi tabung gas tu kononnya dah nak pindah ni takmo masak la.....Kat rumah mys sister tu selalunya borak2, main badminton dengan my nephew atau tonton tv atau tengok CD....

Ohh sempena Kong Xi Fa Chai aku n family my sister tengok citer cina bertajuk The Banquet, actually my sister sewa RM2 sehari... kata my sister Daniel Eu yang berlakon....aku tak tau sangat pasal pelakon tu....dulu penah suka tengok movie cina...lakunan Andy Lau... 'Saviour of the Soul'...... anyway citer tu camni.....Maharaja mati tiba2 kena sengat kala jengking....putera raja yang sedang belajar ilmu seni lakun opera kat dalam hutan di panggil balik...tapi ada cubaan nak bunuh dia oleh Maharani yang komplot dengan adik lelaki Maharaja...Putera Raja dihantar ke sempadan dan dibunuh di sana... tetapi anak General selamatkan dia...hari pertabalan Maharaja baru dan Maharani diadakan satu jamuan banquet. Maharani letak racun yang disimpan dicelah kuku dia pada minuman Maharaja....Sewaktu Maharaja nak minum, tunang Putera Raja datang untuk buat persembahan...Maharaja bagi minuman tu pada tunang putera tu dan dia muntah darah lalu mati....later putera raja yang sembunyi di balik topeng revealed hinself.... Maharaja yang frust dengan Maharani bunuh diri dia sendiri.....Putera pulak terpegang hujung pedang yang ada racun sewaktu nak selamatkan Maharani dari kena tikam.....last sekali bila semua orang dah mati, Maharani yang gila kuasa tu bercakap2 dengan diri sendiri... n tiba2 ada hujung pisau melayang dan tusuk dada dia....Takde pulak tunjuk sapa yang buat....tapi rupa pisau tu cam kepunyaan Putera Raja yang dah mati tu.........Aku dengan my sister dll...siap buat conclusion sendiri......semua merungut, penat2 tengok tiba2 ending lak camtu ...x puas hati, aku cakap kat my sister 'Chik, u tanya la kat tokei kedai CD tu siapa actually bunuh Maharani tu...??' Anti klimak betul tengok citer yang tak jelas endingnya ni.....

Tuesday, January 20, 2009

Outstation........

Aku asyik menguap jer ni... rasa mengantuk dan letih belum hilang... manakan tidak semalam flight dari Kota Kinabalu tiba di KLIA pada jam 9.50 pm, tunggu baggage, naik ERL ke Putrajaya then drive balik ke rumah...lewat gak sampai ke rumah....... aku mandi dan walau ngantuk, layan gak Jericho kejap ...kesian dia aku tak bawakan apa2 makanan sebab kedai dah tutup.....mengiau2...aku biar jer....last2 aku tutup pintu bilik, on kan CD rukyah...dengar2 ayat Quran masa nak tidur ni sungguh mendamaikan..............Pagi ni aku terjaga pukul 6.18 pagi....iron baju dan mandi cepat2....risau pulak lewat sampai ke ofis....Jericho mengingau2...kesian pulak, aku dukung dia dan pujuk2 nak belikan ikan sardin bila balik kerja nanti.....hmmm life is fulled with unexpected things... memang pun hari ni dapat memo untuk pergi meeting di sebuah hotel di KL petang ni....meeting tu hingga hari Jumaat ni.....kena kemas baju dan beg lagi ni....macam berat jer nak outstation lagi ni....tapi tu la tanggungjawab kan perlu dilaksanakan.... :p...waa janji aku nak pergi tengok rumah sewa baru hari Khamis ni kena cancel la... kena buat appointment baru dengan bakal landlord ni.... huhu....

Thursday, January 15, 2009

Inilah Jericho....


Kawan2 yang baca blog ni selalu tanya...camne rupa Jericho yang duk disebut2 selalu....mmm terpaksa la upload gambar dia ... kebetulan ada a few gambar dia kat dalam handphone....Ni lah Jericho, kucingku yang paling rapat dan manja...Ohh malam tadi dia mengiau dan merengek2 jer macam nakkan perhatian...aku buat dek jer... makin lama makin kuat dia mengiau2....lepas tu dia gigit tangan, siku .....aku pulak tengah runsing waktu tu...akhirnya tahap kesabaranku hilang dan aku mula pening kepala...., aku pukul dia kat badan dengan harapan dia diam.... Then aku turun ke tingkat bawah, masukkan kain kat dalam mesin basuh n tengok tv....masa sibuk2 sidai kain tu tengok jam dah hampir pukul 1.00 pagi....Jericho dah tertidur atas katil....guilty rasanya pukul dia.... pukul 5.00 pagi aku terjaga dengar dia ngiau2....rupanya dia nak keluar bilik...agaknya nak membuang kut... sebelum pergi kerja aku sempat bagi Coco makan ikan sardin....Huhu balik keje nanti aku nak singgah kat pasar malam, nak belikan ayam dan burung puyuh goreng berempah untuk Coco...

Tuesday, January 13, 2009

Ohh Kena Pindah Rumah !!!.....

Pagi ni aku breakfast kat kafetaria bangunan bersebelahan ofis...langkah kanan agaknya.... tanpa di sangka2 ada orang offer untuk sewakan rumah dia....rumah teres setingkat 3 bilik....wau seronoknya...!! sebab aku pun memang duk cari rumah sewa baru memandangkan rumah sewa yang diduduki sekarang ni telah dijual oleh ownernya dan aku kena cari rumah baru by end of Februari 2009. Rate sewa pun ok, rm 400 dan begitu hampir dengan Putrajaya..... Sekarang ni kat Lestari Perdana dan jalan2 kat Bandar Putra Permai ni jem teruk waktu pagi.....mana taknya jalan utama ada satu jer sedangkan kat sini banyak taman perumahan seperti Lestari Perdana, Lestari Putra, Taman Puncak Jalil dan Taman Equine....belum lagi kereta2 dari Serdang, etc....kawasan ni makin padat dengan penduduk sebab ada Pasar Borong Selangor dan Jusco Equine Park. Rasanya tak lama lagi akan satu lagi hypermarket... dan adik aku beritahu sekolah integrasi asrama penuh pun akan turut dibina di situ. Seronok tinggal kat situ sebenarnya....

Hmm banyak yang perlu difikirkan berkaitan pindah2 ni....kemas barang, pemasangan air conditioned, ASTRO dan yang paling penting kebajikan kucing2 ku....kalau tak sesuai untuk bela kucing di kawasan kediaman baru......aku rasa nak hantar depa kat rumah mak di kampung....pastinya mak mengomel sebab tiap kali pindah rumah aku akan hantar kucing kat dia.... hehehe mak suka dan sayang kat kucing......kat mana lagi kan?? :0

Monday, January 12, 2009

Catatan Balik ke Temerloh ~ 2


Petang Khamis, terima call dari adik bongsu, Lyn ..."Yong, balik abah ada kat CCU Hospital Temerloh....". Rasa cam nak balik waktu tu gak tapi tawakal dan berharap abah bertahan sementara aku balik....Iyela tentu la risau sebab abah pernah diserang sakit jantung sebelum ni dan menjalani rawatan di IJN pada bulan Oktober 2008. Then dapat call dari my sister Chik (Rozita) dia tanya nak join dia tak balik pagi Jumaat....dia kena uruskan hal anak2 dia dulu....oklah tu sebab aku ni tak kan drive balik sorang2...

Masa tiba di Hospital Temerloh abah telah ditempatkan di wad pesakit luar.... dia nampak letih sangat dan muka pun macam tak gembira....actually wad kelas satu dah penuh...so abah ditempatkan di katil, kawasan pesakit2 tahap kronik dan kritikal.....ada yang meracau2 tak sedarkan diri, mengerang-ngerang dan berkeluh kisah dll... 3 pesakit meninggal tak lama lepas tu.....rata-rata pesakit terdiri dari kalangan warga emas dan lanjut usia....hmmm melihat keadaan mereka aku terfikir juga bagaimana agaknya keadaan aku di kemudian hari nanti.....? Hmm menziarahi dan melihat orang2 yang sakit ini sesungguhnya memberi keinsafan dan membolehkan kita cermin2 diri sendiri.....

Selepas banyak kali aku dan adik2 jumpa doktor dan nurse....duk tanya bila abah akan dipindahkan ke wad lain...akhirnya abah berpindah katil keesokkan harinya... baru nampak muka abah ceria .....hari Ahad keadaan abah bertambah baik....gembira tengok dia dah ada selera makan... dan petang Isnin dibenarkan balik ke rumah....syukur alhamdullilah....Waktu berada di Temerloh, kami tidur kat rumah my other sister, Rosina (Nyah)...Lauk untuk hidangan malam hari kami beli jer.... Nyah cuma masak ikan patin masak tempoyak....suami dia orang Pahang....lauk tu cam hidangan wajib, kalau tak ada suami dia tak beberapa selera makan....anak-anak Nyah ada 3 orang...lelaki tapi semuanya duduk kat asrama....dia dan suami ditemani kucing betina (Comel)....yang baru saja lahirkan 4 anak........Nyah siapkan bahasakan dirinya as 'Mama' lagi kat kucing tu.......hehehe macam-macam....Aku uploadkan gambar Comel dengan anak2 dia kat sini.... :P

Wednesday, January 7, 2009

Puasa Sempena 10 Muharram

Semalam aku puasa sempena 10 Muharram atau Hari Asyura.... seumur hidup belum pernah pun aku lakukan puasa sempena Muharram ni.....Nasib baik officemate Zila ajak aku puasa tu..... Dia edarkan senarai 14 perkara sunat dilakukan pada hari tersebut.... antaranya puasa dan fadilatnya adalah 'diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.....'. Tentu saja aku sanggup berpuasa demi mengenangkan fadilatnya...iyela sementara dikurniakan tubuh badan yang sihat....Aku tak nak berbuka sorang2, aku ajak Zila berbuka sama2....Zila cadangkan berbuka kat Restoran Seri Kembangan Paradise kat Lestari Perdana lepas Magrib ...actually restoran ni bersebalahan dengan car wash centre yang kerap aku kunjungi....Adala a few times aku gi makan2 dengan member2 ofis kat situ....especially dengan Sha masa butik jahitannya beroperasi di situ dulu....

Sementara nak tunggu waktu makan2, aku balik ke rumah dulu....masa sampai kat depan gate...tengok Acu duk atas bumbung rumah....pastu dia jalan kat bumbung rumah jiran.... Aku call dia buat dek jer....hi kucingku ini....dia memang ada tabiat pelik.....suka duduk atas bumbung rumah.... tak lama lepas masuk rumah Acu pun balik....ngiau2, dia expect aku bagi makan.... nasib ler ada satu tin ikan sardin.....waa penuh perasaan Acu makan.... aku siap berleter lagi...'tu la siapa suruh tak balik, kan lapar semacam'.... then dengar suara kucing mengiau, aku ingatkan Jericho....rupa2nya kucing betina belang2 oren....tu la kucing betina yang selalu Jericho dating.... tetapi takde la pulak Jericho dengan dia....

Bila aku naik ke tingkat atas...Acu pun sibuk2 nak masuk bilik... terpaksala layan dia kejap, aku duduk bersila dia naik atas riba.....kasi can dia manja2 tapi aku berleter gak ....'ngapa la Acu comot ni, macam tak bertuan.....' dia tengok jer muka aku....faham kut....masa nak sembahyang Asar aku terpaksa keluarkan dia dari bilik.... takut dia ganggu konsentrasi aku bersembahyang.....Lepas sembahyang Magrib aku bergegas ke restoran....Zila tiba 5 minit lagi pukul 8.00 malam... kita orang order nasi, sup tulang, sotong masak merah, telur dadar dan kailan ikan masin...minuman lak carrot juice dan air lai chi kang.....makan2 sambil bersembang santai memang sedap....hehehe. Bila balik rumah lepas tu....aku rasa mengantuk yang amat sangat....aku tidur awal....aku terjaga pukul 5.29 pagi....tupun sebab terkejut dari mimpi....aku mimpi touring alone kat China...and then aku tertinggal dompet duit kat kedai makan...bila aku patah balik....dompet ada tapi isi kandungannya dah tak ada....bila tanya kat one lady dia kata ada seorang lelaki pendek yang mengaku suami aku ambil kad2 dan duit tu....huhu Nauzubillah Min Malik....harapnya mimpi tu cuma mainan tidur jer dan tak berlaku betul2.....

Tuesday, January 6, 2009

Mana Perginya Kucing2 Ku...???


Hmm rindunya kat kucing2 jantanku.....kat mana la they all masa ni??? Kitty dah hampir 2 minggu tak balik, Acu dan Jericho pulak hampir seminggu tak balik2....Rumah rasa sunyi....., selalunya pagi2 mesti ada bunyi ngiauan Jericho nak masuk bilik, takpun minta dilayan, didukung, atau sebab nak dapat ayam/ikan goreng....Kitty lak kalau balik tak sah kalau tak mengingau sekuat hati, bergema satu rumah .... begitu gak dengan Acu kalau balik mesti dia make sure kehadirannya diketahui, mengiau2 dengan suara manja nak masuk bilik then minta dibelai2.....kucing2 ni ada keletah dan perangai masing2 macam manusia gak... Aku ada nampak Jericho tengah duk dating dengan kucing betina belang2 oren kat tepi pagar rumah jiran waktu nak pergi kerja.....bila aku hampiri dan panggil nama Coco....dua2 kucing tu cabut lari.....aik... Pelik la lepas tu aku tak nampak lansung kelibat Jericho dan kucing jantan 2 ekor tu sampai hari ni.....tapi kelibat kucing2 liar dan jirannya ada jer.... Kalau duduk kat kampung memang aku dah cari dah 3 beradik tu..... ni kat bandar kalau aku jalan2 cari kucing2 ku, mesti jiran2 tengok semacam jer....depa mana tau yang aku nak cari kucing....tambahan pulak jiran2 aku tu jenis upper2 class n buat hal masing2 jer.....

Entahla.... aku harap kucing2 tu balik ke rumah secepat mungkin... aku risau samada depa tu makan atau tidak...camna lak kalau kena minum air kotor.... sebab all these while Frieskies, Whiskas sentiasa ada dalam mangkuk, begitu gak dengan air minuman.......aku bimbang dan kesian kalau depa takleh survive cari makanan sendiri almaklum 3 ekor tu manja2 dan aku memang dah spoilkan dengan sardin, ayam goreng KFC, ayam/burung puyuh goreng berempah.....Aku pun bimbang jika mereka dilanggar kereta ketika melintas jalan atau disepak teranjang oleh mereka yang tidak berperasaan terhadap binatang sewaktu mencari2 makanan.....memang kebimbangan aku ni seperti seorang ibu risaukan anak2 mereka.......hmmm nak buat camnakan aku dah bela kucing2 tu sedari kecil lagi semenjak dilahirkan........bila depa kena katarak mata aku titikkan eye mo sebab risau they will go blind....kasih sayangku melimpah kepada mereka.....huhu Ya Allah selamatkanlah kucing2 ini dimana pun mereka berada.... Jauhi la mereka dari kelaparan dan kehausan !....