Tuesday, July 13, 2010

Syoknya Cuti… !!!!

Aku dah lama menaip tentang cuti ni....... tapi tak post2 kat blog ni....waa 3 bulan dah tak buat any entry....hmmm ada ker yang masih mengingati blog aku ni....???

.................................................................................................................................
Pada 8 hingga 10 Jun 2010 , aku ambil cuti selama 3 hari sebab menemani darling yang bertugas luar di Kuala Selangor….Hari pertama darling pandu naik ke Bukit Malawati….berhenti sekejap kat bangunan melihat anak bulan tu…. Duduk2 kat situ baca suratkhabar, darling pulak buka internet via broadband….. tak nampak seekor monyet pun kat situ… agaknya depa kenyang lagi kut…. Tapi sewaktu kereta menuruni bukit kami terlihat segerombolan monyet di satu pokok…..aku minta darling pandu balik naik Bukit Malawati sebab nak beli kacang panjang dan roti untuk monyet2 tu…. Kami tak turun dari kereta….darling turunkan sedikit cermin kereta…. Hulur kacang dan roti melalui celah cermin yang sempit tu…..aktif dan cepat ajer monyet tu sambar makanan….bersilih ganti…. gelagat mereka memang kiut dan mencuit hati
Tiap2 hari pun selepas tu… kami pergi ke Bukit Malawati…. Syok ke situ sebab pemandangan dan of course sebab monyet2 tu….huhu bentuk muka buminya yang berbukit2 tu …. mengingatkan aku kat Edinburgh, Scotland pulak…di samping tu both of us pergi ke Taman Alam …. Jalan kaki sejauh 4 km…. a few times terserempak dengan biawak yang melintas lorong pejalan kaki…..aktiviti lain ialah makan dan makan…..pergi ke different restoran atau kedai makan……ada satu restoran dihujung bangunan berhampiran dengan masjid pekan menyediakan pasembor yang sungguh sedap rasanya…….

Sayangnya kat sini tak ada kedai makanan laut……. Aku dah terbayang2 nak makan lobster aiyooo…..Untuk non muslim quite a few di Pasir Penambang anyway kami singgah di kedai makan ala2 seafood jer… order kerang bakar, tom yam campur, sotong goreng bersalut tepung…. …..Nasib baik kawan darling sunggest agar makan di Jeram…. On the way balik kami singgah di restoran makanan laut di Pantai Jeram…. Pesan ikan kerapu masak stim, ketam goreng pedas, sayur baby kalian ikan masin, udang dan sotong bersalut tepung, air kelapa dan jus orange…. Harga not bad untuk 2 orang makan…. Hampir rm90.00… …..Sebelum sampai ke rumah darling singgah di I-city….macam masuk tempat alien … dapat lihat pokok2 dan replika lain berwarna- warni….. overall aku berpuashati…….hehehe memang syok bercuti ni….. (gambar aku upload nanti )