Tuesday, June 5, 2012

Samsung Galaxy SII dan Honda City

Tahun ini, gadget baru yang aku beli adalah Samsung Galaxy SII... beli sebelum pergi trip ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 28 Mac hingga 1 April 2012 bagi memudahkan buat call ke Malaysia.... kebetulan pulak handphone blackberry lama terjatuh dan skrin dia macam ada problem... masa aku beli tu kalau tak silap harganya RM 1699.00, walau dah lama berada di pasaran aku tetap bersyukur sebab memiliki juga telefon ni....hmmmm....tapi kalau aku tunggu sikit hujung bulan Mei - Jun mungkin aku  beli Samsung Galaxy SIII yang baru keluar tu....:)

dan... satu lagi aku sudah pun menjual kereta lama aku Gen 2 yang dah hampir 8 tahun pada Oktober ini pada ejen kereta dengan harga RM 14,000..... sekarang aku memandu Honda City 1.5 type E. Pengalaman mengunjungi car dealer dan memilih kereta ini menarik juga.... Tempat pertama yang aku kunjungi bersama hubby ialah Nissan dealer di Putrajaya.... aku tertarik pada Nissan X-Trail sebab aku rasa harganya berpatutan tapi bila diberitahu kena tunggu selama 5 bulan.... aku macam hilang mood...tak ada pulak aku nampak Nissasn Sylphy masa tu... then one day aku ambil cuti sehari untuk survey kete.... tempat kedua ke Mazda dealer kat Jalan Kajang-Bangi kut... aku tertarik pada Mazda2 dan Mazda3.....rasanya dah nak ambil Mazda, sales person pulak friendly ....tapi dalam kereta nak pergi ke car dealer lain pulak... hubby dok tanya.. Cuba awak tengok ada banyak tak kereta mazda di jalanraya...? dengan soalan2 lain yang membuat aku bengang dan aku sampai terkeluar soalan... Are you saying that I have made the wrong choice?? Aku tengok muka dia cam tak happy aku nak pilih Mazda ni.... Then dia singgah kat Cherry n Tiggo car dealer.... pastu singgah pulak kat pengedar Honda... yang entertain aku macam Mazda... sales person muda... friendly and personality pleasant... hubby tak masuk campur...dia biar ajer the sale person tu layan aku... test drive Honda Hybrid tu... berkenan juga kereta tu tapi sayangnya 1.3 cc jer.... faktor ni nak kena ambilkira juga..sebab bila nak buat claim mileage... rate dia rendah..... Then last sekali singgah kat Toyota dealer.... sekali pandang aku suka Toyota Prius C, luaran memang cantik....tapi bila masuk dalam aku tak beberapa berkenaan pada steering n dashboard dia....berkenaan gak pada Vios tapi kat ofis aku ramai sangat pakai kereta ni.... Aku teringin ke Suzuki SX4 Crossover tapi tak tahu dealernya dimana.... last2 lunch dan balik ke rumah...badan pun dan letih n rasa mengantuk...

lepas buat pertimbangan + - bla bla.... aku membuat keputusan muktamad memilih Honda City, bayar booking fee dan beri dokumen yang sepatunya untuk loan kereta....tak sampai seminggu dapat call dapat approval loan.... kenapa aku pilih Honda... mungkin sbb durability, teknologi yang sudah bertahun...selain faktor sale person yang pandai ambil hati dan faktor pusat servis yang nampak selesa.... dan last sekali aku rasa hubby aku pun happy dengan pilihan ni, takde la nak bertekak lagi......hehehe

Thursday, March 22, 2012

Jericho Dalam Kenangan...

Oleh kerana terlalu lama tidak mencoret, aku rasa agak janggal berada di sini semula... sebenarnya aku dah berjanji pada diri sendiri untuk masukkan posting tentang pemergian Jericho ....



Jericho pergi untuk selamanya pada awal Februari 2012 .... aku ingat lagi petang tu aku sedang menyiang ikan kembung dan seperti biasa dia mengingau minta telur ikan.... aku berikan telur ikan kembung... dia cuba makan tapi macam tak boleh menelan.... lepas tu dia duduk atas kerusi makan, aku nampak macam ada cecair hitam keluar dari mulut Jericho dan mata dia sembam dan makin mengecil......dalam hati dah terdetik mungkin Jericho akan pergi... tapi aku biarkan dia berehat dulu.....



lepas sembahyang magrib aku tengok Jericho dah tak ada atas kerusi tu.....cari kat tempat dia selalu lepakbelakang curtain sliding door.... situ pun tak ada.... aku panggil nama dia, tak ada respon... selalunya dia mengiau.... waa aku sudah panik.... pengalaman lalu selalunya kucing yang dah nak pergi akan melarikan diri dari tuan dia.... sehingga ke tengahari esoknya Jericho masih tak balik dan aku dah putus harapan....




malam tu aku tidur pun tak lena.... kalau terjaga teringat Jericho... dalam hati berdoa moga Allah bukakan hati Jericho untuk balik ke rumah.... kalau boleh biarlah dia habiskan saat akhir dia di dalam rumah.... biarlah aku sendiri yang tanam jasad dia.....sesungguhnya dia istimewa sebab mempunyai connection yang kuat dengan aku....... umpama teman baik

petang tu lepas sembahyang asar... aku nampak kaki kucing masuk melalui sliding door... bila aku selak curtain... aku nampak Jericho terbaring .... dia nazak... mata tertutup dan nafas pun turun naik... aku alaskan tilam dengan kain batik dan letakkan Jericho disitu..... bila aku panggil nama dia beri respon walau dalam keadaan lemah tak bermaya.... aku rasa amat sedih melihatkan keadaan Jericho tapi aku tak mengeluarkan air mata malam tu.... mungkin aku dah lama sedia menghadapi kematian Jericho... lagipun aku dah banyak menangis masa Jericho sakit a few times sebelum tu....



Jericho menghembuskan nafas terakhirnya hampir pukul 10.00 malam.... Aku bersyukur kerana dia tidak mati di luar rumah... aku sendiri yang menggali lubang kubur dan menanam Jericho.... Jiran2 sebelah menjenguk jugala sebab terdengar bunyi aku mencangkul tanah malam2.... aku kebumikan Jericho betul2 di hadapan tingkap rumah..... bila tengok ke luar samada melalui tingkap atau sliding door memang nampak kubur Jericho.... sehingga kini tanah di situ belum dipenuhi rumput.... aku harap roh Jericho akan ditemukan dengan kucing2 peliharaanku lain yang telah pergi di alam barzah....


Thursday, January 5, 2012

Movies n Happy New Year....

waa... sedar tak sedar dah pun beberapa hari berada di dalam bulan Januari 2012....lamanya aku tak update blog ni... motivasi tak ada so hibernate setahun macam beruang kutub tu...hehehe.... tiba2 pulak jari2 rasa nak menaip... tapi tak tau pulak nak cerita tentang apa.....ohhh cuma aku happy sebab baru lepas tengok movie RA.ONE... hehehe sapa lagi heronya kalau tak Shah Rukh Khan.....hensem as ever...mata biru lagi....dalam cerita tu dia jadi wira computer games G.ONE yang baik ...Ra.One tu dia yang cipta tapi akhirnya kena bunuh....watak antagonis Ra.One tu dimainkan oleh Arjun Rampal........tinggi lampai gaya model....walau muka tanpa perasaan...dia tetap hensem.......all in all happy tengok movie....memang berbaloi... aku tengok thru astro first sampai 4 kali....setap kali hampir 3 jam ngadap skrin....dah bayar rm15...tengok la puas2 kan...
oppps.... sebelum tu untuk menutup 2011, aku pergi dgn darling tengok movie Mission Impossible: Ghost Protocol....berbaloi tengok dan kebetulan...ni pun hero kesukaaan gak....hensem, senyuman menarik dan macho2 lembut.....hehe dia nostalgic....idola masa kat study kat UK dulu2....poster besar Tom Cruise sentiasa ada kat dalam bilik.....tiap2 tahun bertukar2.....dulu, kini dia tetap aku suka....

hmmm before that dah orang sibuk2 cerita pasal Ombak Rindu...aku pun layan la gak movie ni...saja nak test... sama ada aku ni boleh termenangis atau tidak...waa waktu part sedih2 tu ada la jugak terkeluar sikit air mata....tapi taklah sedu sedan....maklumlah manusia kan...mesti ada soft spot....kebetulan semua pelakon utama aku suka ...maya karin, hero muka manja dan hensem aaron aziz dan bront tu.........

tapi aku frust sebab tak sempat tengok cerita Vampire the Breaking Dawn tu....duk postponed n tunggu darling free....last2 tamat tempoh tayangan.... satu lagi cerita yang aku nak sangat tengok kalau tak silap The One....Justin Timberlake yang berlakon.....dia ni pun aku suka...suka pada suara dia masa menyanyi dan suka tengok muka dia.....frust betul terlepas...kalau ada kat astro first...memang aku dah langgan....dalam frust2 tu aku sempat pergi tengok Johnny English Reborn... Mr. Bean jadi agent ala-ala 007, cerita tu best juga...tapi sebab hero kurang hensem....tahap kepuasanhati tu kurangla sikit.....laa nak buat camna kan.....


ohhh yer lagi satu yang membuat aku macam happy sempena tahun baru ni... dalam minggu ni...tiap2 hari bila keluar pagar rumah untuk masukkan kereta ke garaj.... ada cahaya bulan....bila dongak ke atas... rasa macam bulan tu betul2 atas bumbung rumah takpun jauh atas bumbung rumah jiran....tenang jer tengok bulan tu dan bintang2...buat aku senyum....teringat pulak kat satu novel tu....Bukan Puteri Lindungan Bulan....curiousla cerita tentang apa....agaknya aku kena beli novel tu......:)