Oleh kerana terlalu lama tidak mencoret, aku rasa agak janggal berada di sini semula... sebenarnya aku dah berjanji pada diri sendiri untuk masukkan posting tentang pemergian Jericho ....
Jericho pergi untuk selamanya pada awal Februari 2012 .... aku ingat lagi petang tu aku sedang menyiang ikan kembung dan seperti biasa dia mengingau minta telur ikan.... aku berikan telur ikan kembung... dia cuba makan tapi macam tak boleh menelan.... lepas tu dia duduk atas kerusi makan, aku nampak macam ada cecair hitam keluar dari mulut Jericho dan mata dia sembam dan makin mengecil......dalam hati dah terdetik mungkin Jericho akan pergi... tapi aku biarkan dia berehat dulu.....
lepas sembahyang magrib aku tengok Jericho dah tak ada atas kerusi tu.....cari kat tempat dia selalu lepakbelakang curtain sliding door.... situ pun tak ada.... aku panggil nama dia, tak ada respon... selalunya dia mengiau.... waa aku sudah panik.... pengalaman lalu selalunya kucing yang dah nak pergi akan melarikan diri dari tuan dia.... sehingga ke tengahari esoknya Jericho masih tak balik dan aku dah putus harapan....
malam tu aku tidur pun tak lena.... kalau terjaga teringat Jericho... dalam hati berdoa moga Allah bukakan hati Jericho untuk balik ke rumah.... kalau boleh biarlah dia habiskan saat akhir dia di dalam rumah.... biarlah aku sendiri yang tanam jasad dia.....sesungguhnya dia istimewa sebab mempunyai connection yang kuat dengan aku....... umpama teman baik
petang tu lepas sembahyang asar... aku nampak kaki kucing masuk melalui sliding door... bila aku selak curtain... aku nampak Jericho terbaring .... dia nazak... mata tertutup dan nafas pun turun naik... aku alaskan tilam dengan kain batik dan letakkan Jericho disitu..... bila aku panggil nama dia beri respon walau dalam keadaan lemah tak bermaya.... aku rasa amat sedih melihatkan keadaan Jericho tapi aku tak mengeluarkan air mata malam tu.... mungkin aku dah lama sedia menghadapi kematian Jericho... lagipun aku dah banyak menangis masa Jericho sakit a few times sebelum tu....

Jericho menghembuskan nafas terakhirnya hampir pukul 10.00 malam.... Aku bersyukur kerana dia tidak mati di luar rumah... aku sendiri yang menggali lubang kubur dan menanam Jericho.... Jiran2 sebelah menjenguk jugala sebab terdengar bunyi aku mencangkul tanah malam2.... aku kebumikan Jericho betul2 di hadapan tingkap rumah..... bila tengok ke luar samada melalui tingkap atau sliding door memang nampak kubur Jericho.... sehingga kini tanah di situ belum dipenuhi rumput.... aku harap roh Jericho akan ditemukan dengan kucing2 peliharaanku lain yang telah pergi di alam barzah....