Tuesday, July 13, 2010

Syoknya Cuti… !!!!

Aku dah lama menaip tentang cuti ni....... tapi tak post2 kat blog ni....waa 3 bulan dah tak buat any entry....hmmm ada ker yang masih mengingati blog aku ni....???

.................................................................................................................................
Pada 8 hingga 10 Jun 2010 , aku ambil cuti selama 3 hari sebab menemani darling yang bertugas luar di Kuala Selangor….Hari pertama darling pandu naik ke Bukit Malawati….berhenti sekejap kat bangunan melihat anak bulan tu…. Duduk2 kat situ baca suratkhabar, darling pulak buka internet via broadband….. tak nampak seekor monyet pun kat situ… agaknya depa kenyang lagi kut…. Tapi sewaktu kereta menuruni bukit kami terlihat segerombolan monyet di satu pokok…..aku minta darling pandu balik naik Bukit Malawati sebab nak beli kacang panjang dan roti untuk monyet2 tu…. Kami tak turun dari kereta….darling turunkan sedikit cermin kereta…. Hulur kacang dan roti melalui celah cermin yang sempit tu…..aktif dan cepat ajer monyet tu sambar makanan….bersilih ganti…. gelagat mereka memang kiut dan mencuit hati
Tiap2 hari pun selepas tu… kami pergi ke Bukit Malawati…. Syok ke situ sebab pemandangan dan of course sebab monyet2 tu….huhu bentuk muka buminya yang berbukit2 tu …. mengingatkan aku kat Edinburgh, Scotland pulak…di samping tu both of us pergi ke Taman Alam …. Jalan kaki sejauh 4 km…. a few times terserempak dengan biawak yang melintas lorong pejalan kaki…..aktiviti lain ialah makan dan makan…..pergi ke different restoran atau kedai makan……ada satu restoran dihujung bangunan berhampiran dengan masjid pekan menyediakan pasembor yang sungguh sedap rasanya…….

Sayangnya kat sini tak ada kedai makanan laut……. Aku dah terbayang2 nak makan lobster aiyooo…..Untuk non muslim quite a few di Pasir Penambang anyway kami singgah di kedai makan ala2 seafood jer… order kerang bakar, tom yam campur, sotong goreng bersalut tepung…. …..Nasib baik kawan darling sunggest agar makan di Jeram…. On the way balik kami singgah di restoran makanan laut di Pantai Jeram…. Pesan ikan kerapu masak stim, ketam goreng pedas, sayur baby kalian ikan masin, udang dan sotong bersalut tepung, air kelapa dan jus orange…. Harga not bad untuk 2 orang makan…. Hampir rm90.00… …..Sebelum sampai ke rumah darling singgah di I-city….macam masuk tempat alien … dapat lihat pokok2 dan replika lain berwarna- warni….. overall aku berpuashati…….hehehe memang syok bercuti ni….. (gambar aku upload nanti )

Wednesday, March 31, 2010

Pelakon Lelaki Korea 2


Ohh ini gambar korean ke2 yang aku suka....dia ni the lead actor dalam drama korea 'Hello My Lady', a romantic comedy. Muka dia sweet, senyum ajer sepanjang cerita.... Character dia good looking n intelligent but he is not good and charming enough to win over the lady that he likes.... hai ya lamanya nak tunggu happy ending ni....malam tadi baru episode 10... tinggal 6 episode lagi huhu...

Monday, March 8, 2010

Xperience Gubal Soalan

Pada 28 Februari - 5 Mac 2010 baru ni, aku berada di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam... menjadi salah seorang panel penggubal peperiksaan PTK... first time terlibat dalam penggubalan soalan peperiksaan awam ni.... setiap minit berfikir untuk menghasilkan soalan yang baik... first two days pening kepala juga nak ikut konstruk dan kemahiran yang ditetapkan ...bila soalan siap dan dan dibuat verification... prosesnya bertambah mudah..... at the end of the days... everyone felt relief n satisfied...seperti something has been lifted up from our head...huhu

Mmmm kesian pada kucing2 ku .....terkejut sebab kena tinggal tiba2... maklumla agak lama juga aku tak outstation sejak Oktober tahun lepas ......Comel demam panas, Jericho luka2 di tangan... dah jadi macam kucing terbiar dan tak bertuan bila duduk kat luar rumah.... Oren daripada gebu dan bulat jadi kurus sedikit... ada kudis kat telinga... dan dia ambil masa nak suaikan diri dengan aku... 2 hari lepas aku balik, baru la dia berani duduk2 dan manjakan diri kat aku... kalau tak panggil pun dia buat tak tau jer.....hehe merajuk kena tinggal lama kut.... Yang ok Blackie jer.... ceria dan manja macam biasa.....cuma kurus sedikit ajer.

Weekends aku cover balik drama2 Korea yang aku miss tu... Dalja Spring, Three Brothers n terutamanya The Slaves Hunter... nasib baik ada ulangan....boleh tengok Oh Jiho ... apa yang aku suka sangat pasal dia???... tinggi, well build body dan muka dia pleasant especially mata dia + cara senyuman ....hehehe :)

Monday, February 22, 2010

Pelakon Lelaki Korea



Tahun 2009 dah lama berlalu ... tahun 2010 pula sudah hampir memasuki bulan Mac... waa tak boleh jadi ni... aku kena mencoret gak.... tak mau la menyepi lama...huhu masalahnya takde cerita/bahan penting untuk aku kongsikan....

Hmmm well for the time being... aku kongsikan gambar Korean guy ni.... Dia second hero drama Korea "The Slave Hunter" yang sedang ditayangkan masa ni.... nama sebenar dia Oh Jiho...hehehe aku sanggup tengok drama tu berjam2 kalau dia yang berlakon :)

Monday, October 19, 2009

Imej Baru...

Semenjak hari raya baru ni aku dah mula pakai tudung... memang rasa panas, rimas dan pening2 lalat masa mula2 tu tapi alhamdullilah sekarang ni aku dah rasa selesa bertudung untuk ke tempat kerja atau ke mana2..... cuma mungkinla aku belum lagi mahir bab lilit melilit, letak2 keronsang, macam perempuan lain yang dah lama pakai tudung dan profesional dalam lilit melilit tudung....huhu...

Rakan-rakan ofis memberi bermacam reaksi 'waa habis dah seksi you', (hehehe seksi kah aku dulu tu???) 'dah insaf sekarang' dan juga maklumbalas yang positif dengan imej baru aku... muka aku nampak comel dan bersih serta nampak lebih ayu... aku harap tu komen jujur dan ikhlas... kalau warna tudung tak sesuai dengan warna baju ataupun warna tudung tak menaikkan seri muka aku pun ada yang komen.....semua komen2 tu aku ambil positif.... boleh memperbaiki lagi penampilan... sebagai wanita berkejaya penampilan tu penting... kena maintain vogue gak tapi kena la sopan dan berimej Islam..... :)

Hmmm aku ucapkan terima kasih pada kepada mentor aku yang dah pun jadi 'darling' aku sekarang ni kerana bertegas untuk aku pakai tudung waktu raya....... actually aku minta posptpone pakai tudung awal tahun depan... kononnya sebab tak ada koleksi tudung lagi... Ohh nanti aku uploadkan gambar aku yang bertudung ni...

Friday, September 25, 2009

Hutan Lipur Lentang...


Waa dah sebulan lebih aku tak jenguk blog ni dan tak buat posting apa2.... kenapa haa?? mungkin selama sebulan tu aku sibuk dengan personal matters dan keje2 yang perlu dibereskan kut :).... anyway, here i am again....

On the way balik dari Pahang ke KL, sempat singgah di Hutan Lipur Lentang berhampiran terowong Karak tu.....anak sedara aku Dania dan Daniel yang beria2 sangat nak mandi kat sini.....dah buat rancangan awal2 lagi sebelum balik raya.... ramai juga yang singgah disini.... mungkin sebab keindahan hutan semulajadi dan airnya yang nampak jernih untuk mandi manda....seronok juga duduk2 santai dan makan2 sambil melihat pengunjung mandi manda........ berhampiran tempat kami duduk2, ada satu keluarga besar siap bawa peralatan barbeque.... bakar petai lagi... baunya menusuk2 kat hidung....

Untuk beriadah sebenarnya, mandi di air terjun atau sungai adalah pilihan terakhir dalam list aku..... aku tak beberapa suka ke tempat yang sunyi, tak ramai pengunjung....redup atau gelap... kecuali la kalau pergi dalam team macam kursus alam sekitar, etc ....aku punya imaginasi macam2... kalau ler terjadi apa2 kan susah ....maka aku lebih gemar ke tepi laut atau ke theme park yang dah tentu ramai orang :) huhu...

Sunday, August 16, 2009

Nasi Ayam Penyek Kuching...


Last week dari 11 hingga 14 Ogos 2009, berada di Kuching untuk menghadiri satu mesyuarat di Hotel Harbour View. Selalunya kalau ke Kuching, aku sibuk shopping aksesori wanita…aku tak kisah sangat nak tengok2 tempat atau nak cuba2 local food… kali ni berbeza pulak….. aku dapat makan nasi ayam penyek… mengikut kata pegawai yang mengiringi kami nasi ayam tu berasal dari Indonesia…..ayam goreng + sambal, kobis mentah dan pucuk ubi kayu rebus…. Sebagai side dish kami dihidangkan dengan tempe goreng + sambal….. tempe tu bewarna coklat kehitaman…. Mungkin telah digaul dengan kicap terdahulu sebelum digoreng……Hidangan simple saja tapi bila dah makan terasa lazat dan memang menyelerakan… mungkin sebab sambalnya ataupun sebab bahan yang digunakan untuk perapan ayam tersebut sebelum ianya di goreng….dan mungkin juga sebab nasi penyek dan tempe tersebut dihidang atas pinggan yang diperbuat daripada kayu…..aku uploadkan gambarnya disini…

Selain tu, aku sempat juga pergi ke Pasar Satok beli ikan terubuk masin sebagai pembuka selera di bulan puasa nanti… then pergi juga kat kedai kek lapis Dayang Salhah di Kampung Gersik….bermacam2 jenis kek lapis home made….pengunjung boleh merasa sample kek2 lapis yang telah dipotong2 kecil sambil duduk2 di atas sofa yang disediakan…..rasa kek lapis di situ berlainan daripada yang dijual di kaki2 lima kedai di bandar Kuching maupun yang dihidangkan oleh hotel tempat aku menginap…. teruja juga dan aku beli 2 jenis kek lapis……hmmm pergi jalan2 waktu outstation ni memang tak puas, maklum masa amat terhad…. mee kolok lum sempat rasa....Next year aku rasa nak bercuti kat sini… nak pergi shopping kat Sariken, tengok Rainforest Music Festival dan naik boat across the river.....