Friday, November 28, 2008

Sekadar Luahan Perasaan...




hmm hari ni kepala ku rasa berat dan pening sangat....sebabnya dari 25 hingga 28 November, aku outstation di Seri Cempaka Suites, Cheras.... 2 hari memerah otak menghasilkan bahan bersama peserta mesyuarat....hari pertama tension coz draf cam tak memuaskan hati....petang semalam baru draf awal ok...lega, then bos minta balik ke ofis, ganti tempat dia pergi meeting petang ni....on top of that kena buat report bagi tahun 2008 dan proposal bagi tahun 2009....

selepas makan malam rakan seunit hantar ke ofis....naik jap ke ofis untuk melihat surat panggilan mesyuarat dll......then drive balik ke rumah, hujan lebat gak....konon nak mula menaip draf laporan...sampai di rumah, saya keletihan yang amat sangat....tak leh berfikir dengan betul, fokus hilang...sudahnya mandi dan tukar baju tidur then padamkan lampu....tidur lagi best, tak sakit otak...

pagi ni bila sampai ofis, memang pulun habis la buat laporan and proposal tu....masalah?? of course flows of idea...then bahasa....kena tulis dalam bahasa Inggeris........words did not come easy aik...to express ideas actually....what I want....huhu kalau curah perasaan ok kut....anyway, the paper was completed before the meeting started. The presentation went on fine......ada pujian dan juga pertanyaan2.......ok la tu....mesyuarat tu habis pukul 6.00 petang....banyak presentation paper lain....kepala rasa berat sangat....akhir sekali bila Pengerusi went round the table...kut2la ada cadangan atau hal lain......ada satu pegawai tu duk suggest supaya mesyuarat lebih kerap....sebab dia rasa tak ada collaboration dan coordination antara Bahagian.......waa, tambah pening kepala bila dengar camtu....rakan sebelah desak2 aku agar cakap sesuatu......ringan ajer mulut ku....tak setuju agar mesyuarat selalu....beri alasan2 yang selama ni kerjasama yang terjalin adalah baik dan takde masalah....peningkan kalau kerap mesyuarat sebab kerja sendiri pun banyak perlu dibereskan....hehehe

Sunday, November 23, 2008

Suatu Hari Yang Memenatkan.....



Semalam, Sabtu, 22 November mak dan abah yang berada di KL tiba-tiba menyatakan hasrat nak melihat apartment ku di Flora Damansara. My sister pulak mencadangkan agar lepas tu kami semua pergi jalan2 di The Curve dan IKEA. Kami tiba di apartment tersebut lebih kurang pukul 2.00 petang...Aku tak beberapa gembira dengan general environment apartment tersebut.....quite dissapointed dengan keadaan lift dan koridor aparment yang gelap dan kusam....tak kelihatan seperti apartment yang harganya rm100k. Rasanya cam silap membeli property MK Land ni....Malangnya kami tak dapat memasuki rumah tersebut kerana kunci mangga tidak fit dengan mangga yang terdapat di pintu grill. Ingatkan aku lupa bawa kuncinya...Sewaktu nak balik tiba2 adik ipar ku kata dia nak cuba gak masuk ke dalam rumah melalui gril dapur..... Bersusah payah dia memanjat gril tu...Rupa-rupanya ada orang yang tinggal secara haram di dalam rumah tu tanpa pengetahuanku...kerana terdapat tilam, bantal, kipas angin dan ada 2 tuala....Ada mop dan penyapu beserta shampo, shaver dan lain2.... persoalannya sejak bila?... Ni la akibatnya bila ada rumah tapi tak pernah di ziarahi...Parents cadangkan buat laporan polis on the way balik nanti......Sebelum balik singgah jap kat letter box, menimbunnya surat dan bill kat dalam tu.....Sempat gak singgah kat swimming pool, my niece and nephew sempat ambil gambar posing2 kat situ.....kolam dan airnya bersih tapi ada marble yang dah tercabut....hmmmm.

Oleh kerana kelaparan, kami ke Tesco Mutiara Damansara dan singgah kat JomBalicafe. Menarik hiasan dan settingnya....waitress key in whatever yang customer order kat kamputer....makanan cepat sampai dan very tasty as well....ada macam2, termasuk tauhu bakar dan popia goreng..... macam2 we all order....dan cost semua rm95...not bad..... Seronoknya makan dengan famili ni...my niece and nephew nampak jer kecik tapi rasanya depa yang makan paling banyak....semua benda pun nak di rasa...Selepas makan we all gi The Curve, jalan2 jap dan telek2 barang2 sale sempena Chrismas, tengok2 pokok2 pine yang dihias tu mengingatkan aku masa belajar kat UK dulu....yang thrill bila salji turun masa tu...white Christmas.....

Then we all pergi IKEA, my niece and nephew tak nak join masuk IKEA tapi lebih rela main2 kat care centre di situ.... waa berkurun lamanya tak pergi ke situ....macam2 barang perabot ada....kena buat satu pusingan besar sebelum ke seksyen jualan pinggan mangkuk, etc.......My sis dan husband dia asyik sakan melihat barang2 display.....aku asyik jeling2 kat mak dan abah ...risau pulak abah akan pengsan tambahan pulak abah ada temujanji buat check-up kat IJN hari ni......Dah puas berada di situ kami pergi ke gerai2 pakaian di depan Tesco..... cantik2 gak pakaian kat situ...sexy2 lagi....Aku berkenan kat satu dress warna hitam berbunga merah....tapi mak tak berkenaan, dia kata tak cantik... Dia berkenan kat satu dress lain.........dress bertali halus....waa sporting gak mak ni....puas duk fikir kat mana lak pakai baju ni....kat majlis informal ofis....? boleh kut ...pakai dengan t-shirt hitam tangan panjang....tak pun pakai ajer kat rumah...n feel sexy sorang2........hehehehe :).

Ohh lepas tu we all singgah kat balai polis Taman Tun Dr. Ismail untuk buat laporan....Lepas key in laporan dalam komputer dan mendapat salinan...ingatkan boleh terus balik, tiba2 dapat call....pegawai penyiasat dari balai polis Damansara minta datang ke situ....ada 4 orang...waa muda2 dan rugged2 la they all ni, kalau aku jumpa they all kat luar tentu tak sangka mereka adalah polis....ada rupa mat rempit, student dan ada tu cam leh jadi calon2 AF la ....Dulu masa kecik aku selalu baca buku Hardy Boys dan Nancy Drew...penah gak berangan2 nak jadi pegawai penyiasat ni....Then we all ikut polis2 tu gi ke apartment aku. Sesampai kat sana, mangga gril dipotong dengan cutter....pegawai2 polis tu tinjau2 semua bilik dan minta saya tukar the padlock dan buangkan barang2 dalam rumah tu.....Lepas tukar all the padlock, kami bertolak balik....penat sungguh....jalan jem lagi....Last2 sampai kat rumah my sister , pukul 9.00 ++ malam....Letih tak terkata.....sakit kaki pun yer sebab banyak berjalan....

Thursday, November 20, 2008

Kisah Teladan : Kenapa Ikan Tidak Berlidah?




Sempena hari Jumaat yang penuh berkat ini, elok rasanya aku buat posting berupa pengajaran. It so happened aku terbaca tentang kisah ni tadi dari sumber internet....rasanya menarik dan boleh memberi peringatan kepada kita agar sentiasa menjaga percakapan kita dan tidak menyebarkan perkara yang tidak benar....

Rasulullah s.a.w bersabda. “Sejahat-jahat manusia pada Hari Qiamat nanti,ialah org yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di Hari Kiamat kelak, dia akan mempunyai dua lidah, dari lidah api neraka jahannam,” Sabda Rasulullah lagi, Tidak akan masuk syurga org yang suka membesar-besarkan cerita. “Bila ditanya apakah hikmahnya baginda menjawab, Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, samada yang boleh berkata-atau tidak boleh berkata-kata”

Salah seorang sahabat pun bertanya, “Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” Sabda Rasulullah s.a.w, “Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka di perintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepada nya.Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dan di hapuskan rupanya yang elok itu, lalu di hantar iblis ke bumi. Apabila di turunkan ke bumi, iblis terus turun ke laut. Pertama sekali yang di jumpai oleh iblis ialah ikan Iblis pun menceritakan keburuakn kekurangan Adam a.s kepada ikan.katanya “Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di laut dan juga di darat.” Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu, ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu di hilangkan lidah ikan agar tidak menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Jatuh Cinta Satu Kesilapan?


Limaza... . bukankah ia hadir dari rahmat yang Esa
Bukankah ia datang tanpa dipinta
Hadir tanpa di duga....Cinta bukan satu kesilapan...
Tapi tempat menguji ketakwaan
Cintakah kita pada yang Esa atau melangit pada yang tidak kekal
Sama ada kita hamba pada cinta atau PENCIPTA
Cinta bukan satu kesilapan...
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirkan kenapa cinta di persalahkan
Tatkala ia dinodai
Bukan salah cinta itu...tapi diri sebab tidak dibina dengan Islam
Tak dihalusi dengan keimanan
Tidak dibajai dengan ketakwaan
Cinta bukan satu kesalahan...
Tapi tapak penyubur iman
Kerana... "tak sempurna iman seseorang jika ia tidak mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya"
Cinta bukan satu kesilapan... .
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta ibu membawa ke syurga
Cinta keluarga memberi bahagia
Cinta pada kerajinan peroleh kejayaan
Cinta pada buku dicurahkan ilmu
Cinta pada sahabat mendapat berkat
Cinta pada ibadah mendatangkan rahmat Tuhan
Cinta pada Allah kebahagian yang hakiki
Tapi... memang cinta itu satu kesilapan...
Jika ia menjauhkan diri dari PENCIPTA
Jika ia membina jurang dari yang ESA
Jika ia mengalpakan diri
Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cahaya Ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran khalid-Nya
Jika ia menjadikan kita hamba-NyaMaka seharusnya cinta itu kau jauhi
Dan memang ia merupakan satu KESILAPAN!
(* sumber nukilan: internet)

Teman Setiaku



Hmm pagi tadi kucingku, Jericho, panggilan singkatnya Coco mengiau2 dengan kuatnya depan pintu bilik....In fact memang camtu la perangai dia....pagi2 waktu aku sibuk2 nak bersiap2 untuk ke tempat kerja.....dia pun sibuk nak masuk bilik dan nak bermanja2, tak pun expect dapat ayam goreng.... tak sampai hati nak biarkan dia melalak seperti kena dera ....selalunya aku akan spend masa 5 hingga 10 minit untuk lapkan muka dia dengan tisu dan lepas tu gosok dan tepuk2 badan dia sebelum pergi keje....Dia ni pandai tunjuk perasaan dan memberontak...kalau tak dilayan mula la gigit kaki atau tangan atau kekadang bila dukung dia gigit bahu ku sekuat2nya.... sakit gak dahla taringnya tajam....

Selain Jericho, aku ada 2 ekor lagi kucing jantan, Acu dan Kitty tapi both of them tak lekat kat rumah, suka pergi jalan. Disebabkan selalu berada dirumah Jericho lah yang paling rapat dengan aku. Ada bidalan mengatakan kucing mempunyai 7 nyawa, tak tahu betul atau tidak....tapi bulu dan rupa Coco memang iras-iras dengan 2 ekor kucing kesayangan ku terdahulu. Yang pertama Angah, dia mati selepas 2 hari dilanggar oleh van dan yang kedua aku namakan Bulat.....bila ditawarkan jawatan di Kuala Lumpur, aku terpaksa serahkan dia pada parents dan dia mati beberapa tahun kemudian. Kucing memang teman yang setia.... masih teringat setiap kali balik kerja, Angah akan berlari2 mengejar keretaku, sampai nafas dia turun naik dan terjelir lidah sebab keletihan, Bulat pulak selalu temankan aku untuk menyiapkan tugasan sehingga larut malam...kekadang mata dia terkedip2 menahan ngantuk.....bila switch off lampu baru dia tidur....sebab tu aku sentiasa buat baik dengan kucing. Selain Frikies dan Whiskas, kucing2 tu aku bagi makan sardin, ayam goreng, tak pun kalau malas sangat beli jer dari KFC... hari Jumaat pulak aku belikan ayam goreng berempah dan burung puyuh goreng dari pasar malam berdekatan. Tapi yang herannya Acu dan Kitty tak lak gemuk2....Jericho jer yang bulat sikit.... ;)

Salam Pertama




Assalamualaikum w.b.t,

:) huhu...Ini adalah cubaan pertamaku untuk buat posting pada blog ni. Sudah lama sebenarnya aku menyimpan hasrat untuk mempunyai blog sendiri. Tapi tidak pasti terhadap konsep dan pengisiannya....kemungkinan berkaitan pengalaman harian, luahan perasan, tips2 dan petua2 berguna berkaitan kehidupan. Apa pun mempunyai blog sendiri begitu mengujakan !!. Puas juga mencari2 nama yang sesuai blog ni....akhir aku ambil keputusan untuk menamakan blog ni sebagai My Memory...... ok kut kan nama blog ni ...:) sebenarnya ilham tajuk ni timbul sebab aku duk teringat kat salah satu lagu tema drama Korea Winter Sonata tu...waa teringat kat heronya gak.........nanti2 next time aku upload gambar dia ....hmmm kiut tak gambar budak perempuan yang aku dah uploadkan ni?? Dia mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak dulu....aku suka pakai skirt kembang beropol2 dan suka berangan2 gak..... hehehe.