Thursday, November 20, 2008

Teman Setiaku



Hmm pagi tadi kucingku, Jericho, panggilan singkatnya Coco mengiau2 dengan kuatnya depan pintu bilik....In fact memang camtu la perangai dia....pagi2 waktu aku sibuk2 nak bersiap2 untuk ke tempat kerja.....dia pun sibuk nak masuk bilik dan nak bermanja2, tak pun expect dapat ayam goreng.... tak sampai hati nak biarkan dia melalak seperti kena dera ....selalunya aku akan spend masa 5 hingga 10 minit untuk lapkan muka dia dengan tisu dan lepas tu gosok dan tepuk2 badan dia sebelum pergi keje....Dia ni pandai tunjuk perasaan dan memberontak...kalau tak dilayan mula la gigit kaki atau tangan atau kekadang bila dukung dia gigit bahu ku sekuat2nya.... sakit gak dahla taringnya tajam....

Selain Jericho, aku ada 2 ekor lagi kucing jantan, Acu dan Kitty tapi both of them tak lekat kat rumah, suka pergi jalan. Disebabkan selalu berada dirumah Jericho lah yang paling rapat dengan aku. Ada bidalan mengatakan kucing mempunyai 7 nyawa, tak tahu betul atau tidak....tapi bulu dan rupa Coco memang iras-iras dengan 2 ekor kucing kesayangan ku terdahulu. Yang pertama Angah, dia mati selepas 2 hari dilanggar oleh van dan yang kedua aku namakan Bulat.....bila ditawarkan jawatan di Kuala Lumpur, aku terpaksa serahkan dia pada parents dan dia mati beberapa tahun kemudian. Kucing memang teman yang setia.... masih teringat setiap kali balik kerja, Angah akan berlari2 mengejar keretaku, sampai nafas dia turun naik dan terjelir lidah sebab keletihan, Bulat pulak selalu temankan aku untuk menyiapkan tugasan sehingga larut malam...kekadang mata dia terkedip2 menahan ngantuk.....bila switch off lampu baru dia tidur....sebab tu aku sentiasa buat baik dengan kucing. Selain Frikies dan Whiskas, kucing2 tu aku bagi makan sardin, ayam goreng, tak pun kalau malas sangat beli jer dari KFC... hari Jumaat pulak aku belikan ayam goreng berempah dan burung puyuh goreng dari pasar malam berdekatan. Tapi yang herannya Acu dan Kitty tak lak gemuk2....Jericho jer yang bulat sikit.... ;)

No comments:

Post a Comment