Sunday, November 23, 2008

Suatu Hari Yang Memenatkan.....



Semalam, Sabtu, 22 November mak dan abah yang berada di KL tiba-tiba menyatakan hasrat nak melihat apartment ku di Flora Damansara. My sister pulak mencadangkan agar lepas tu kami semua pergi jalan2 di The Curve dan IKEA. Kami tiba di apartment tersebut lebih kurang pukul 2.00 petang...Aku tak beberapa gembira dengan general environment apartment tersebut.....quite dissapointed dengan keadaan lift dan koridor aparment yang gelap dan kusam....tak kelihatan seperti apartment yang harganya rm100k. Rasanya cam silap membeli property MK Land ni....Malangnya kami tak dapat memasuki rumah tersebut kerana kunci mangga tidak fit dengan mangga yang terdapat di pintu grill. Ingatkan aku lupa bawa kuncinya...Sewaktu nak balik tiba2 adik ipar ku kata dia nak cuba gak masuk ke dalam rumah melalui gril dapur..... Bersusah payah dia memanjat gril tu...Rupa-rupanya ada orang yang tinggal secara haram di dalam rumah tu tanpa pengetahuanku...kerana terdapat tilam, bantal, kipas angin dan ada 2 tuala....Ada mop dan penyapu beserta shampo, shaver dan lain2.... persoalannya sejak bila?... Ni la akibatnya bila ada rumah tapi tak pernah di ziarahi...Parents cadangkan buat laporan polis on the way balik nanti......Sebelum balik singgah jap kat letter box, menimbunnya surat dan bill kat dalam tu.....Sempat gak singgah kat swimming pool, my niece and nephew sempat ambil gambar posing2 kat situ.....kolam dan airnya bersih tapi ada marble yang dah tercabut....hmmmm.

Oleh kerana kelaparan, kami ke Tesco Mutiara Damansara dan singgah kat JomBalicafe. Menarik hiasan dan settingnya....waitress key in whatever yang customer order kat kamputer....makanan cepat sampai dan very tasty as well....ada macam2, termasuk tauhu bakar dan popia goreng..... macam2 we all order....dan cost semua rm95...not bad..... Seronoknya makan dengan famili ni...my niece and nephew nampak jer kecik tapi rasanya depa yang makan paling banyak....semua benda pun nak di rasa...Selepas makan we all gi The Curve, jalan2 jap dan telek2 barang2 sale sempena Chrismas, tengok2 pokok2 pine yang dihias tu mengingatkan aku masa belajar kat UK dulu....yang thrill bila salji turun masa tu...white Christmas.....

Then we all pergi IKEA, my niece and nephew tak nak join masuk IKEA tapi lebih rela main2 kat care centre di situ.... waa berkurun lamanya tak pergi ke situ....macam2 barang perabot ada....kena buat satu pusingan besar sebelum ke seksyen jualan pinggan mangkuk, etc.......My sis dan husband dia asyik sakan melihat barang2 display.....aku asyik jeling2 kat mak dan abah ...risau pulak abah akan pengsan tambahan pulak abah ada temujanji buat check-up kat IJN hari ni......Dah puas berada di situ kami pergi ke gerai2 pakaian di depan Tesco..... cantik2 gak pakaian kat situ...sexy2 lagi....Aku berkenan kat satu dress warna hitam berbunga merah....tapi mak tak berkenaan, dia kata tak cantik... Dia berkenan kat satu dress lain.........dress bertali halus....waa sporting gak mak ni....puas duk fikir kat mana lak pakai baju ni....kat majlis informal ofis....? boleh kut ...pakai dengan t-shirt hitam tangan panjang....tak pun pakai ajer kat rumah...n feel sexy sorang2........hehehehe :).

Ohh lepas tu we all singgah kat balai polis Taman Tun Dr. Ismail untuk buat laporan....Lepas key in laporan dalam komputer dan mendapat salinan...ingatkan boleh terus balik, tiba2 dapat call....pegawai penyiasat dari balai polis Damansara minta datang ke situ....ada 4 orang...waa muda2 dan rugged2 la they all ni, kalau aku jumpa they all kat luar tentu tak sangka mereka adalah polis....ada rupa mat rempit, student dan ada tu cam leh jadi calon2 AF la ....Dulu masa kecik aku selalu baca buku Hardy Boys dan Nancy Drew...penah gak berangan2 nak jadi pegawai penyiasat ni....Then we all ikut polis2 tu gi ke apartment aku. Sesampai kat sana, mangga gril dipotong dengan cutter....pegawai2 polis tu tinjau2 semua bilik dan minta saya tukar the padlock dan buangkan barang2 dalam rumah tu.....Lepas tukar all the padlock, kami bertolak balik....penat sungguh....jalan jem lagi....Last2 sampai kat rumah my sister , pukul 9.00 ++ malam....Letih tak terkata.....sakit kaki pun yer sebab banyak berjalan....

2 comments:

  1. Bagus juga sajak yang you tulis.

    ReplyDelete
  2. Kasihan. Diharapkan lain kali lebih kerap check rumah tu.....

    ReplyDelete