Sunday, December 21, 2008

Refleksi Kursus.....


Semalam aku telah menghadiri Kursus Rawatan Santau yang telah diadakan di Dewan Akademi Pengajian Islam, UM. Kursus ni anjuran bersama perawat2 Darussalam dan Darussyifa. Kursus telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Mokhtar Kassan, perawat Darussyifa yang telah mempunyai 30 tahun pengalaman merawat pesakit santau. Kandungan kursus meliputi: sejarah santau2, jenis-Jenis santau, tujuan membuat santau, ramuan membuat santau, tanda-tanda & kesan terkena santau, cara merawat penyakit santau, alat-alat rawatan, amalan-amalan pelindung, pemutus dan terdapat demontrasi cara rawatan.... huhu banyak yang dipelajari......hmmm selain daripada tu, aku jumpa rakan2 dari forum TAQ, Gjan, Sahila dan Miss Zai....

Aku join kursus ni bukan untuk jadi perawat.....untuk diri sendiri dan manala tau dapat menolong jika berlaku kecemasan berkaitan santau di kalangan ahli keluarga....tambahan pula...dulu aku penah menyaksikan salah seorang anggota keluarga dirawat oleh perawat Islam dan dari kakinya keluar duri2 yang telah mereput dan hablur2 kaca.......

Agak mengerikan bila Ustaz Mokhtar menyatakan bahawa kes2 santau makin menjadi2 seiring dengan kemajuan dan kecanggihan kehidupan moden hari ini.....ini kerana penyakit PHD atau penyakit hasad dengki tidak dapat dikikis walau setinggi mana jawatan atau tahap pendidikan seseorang.... menurut ustaz lagi, malahan budak belasan tahun dan mat2 rempit pun ada yang mempelajari membuat santau....Selain PHD, menurut beliau santau angin boleh mengena seseorang itu e.g di kedai makan atau kenduri kahwin, jika terdapat pengamal santau membuang atau melepas santau....pengamal santau terpaksa membuang santau yang penuh dari tabung santau dalam simpanannya agar diri dan keluarga tidak terkena musibah...

Apa pun, sebagai precaution kita hendaklah mengamalkan doa pelindung diri.....Alfatihah, 3 Qul, Ayatul Qursi, Bismillahilazi la Yadhurru....etc kerana jika sudah terkena, selain sukar diubati dan amat menyeksakan....santau akan merosakkan organ2 dalaman dan menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti kanser, asma, kudis2 dan sebagainya......Moga-moga diriku, keluarga dan orang tersayang akan sentiasa dilindungi dari apa jua bentuk santau ini....

No comments:

Post a Comment