Sebagai umat Islam sekali sekala memang patut kita membaca buku-buku berkaitan kematian ...agar hati tidak lalai dengan tuntutan dan kemahuan2 duniawi....:) hmmm buku yang baru habis kubaca ialah 'Kematian Yang Menyedihkan' yang bermaksud akhir hayat yang tidak baik....dalam bahasa arabnya disebut sebagai Suul Khatimah.... Orang-orang soleh sangat takut kepada Suul Khatimah ini kerana jika ianya terjadi segala amal akan sia-sia belaka....tu orang yang soleh, camna dengan kita ni pulak???
Anyway, menurut penulis terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan terjadinya Suul Khatimah:
i. Syak dan ingkar yang disebabkan bid'ah
Maknanya orang yang dekat ajalnya itu berfahaman lain tentang sifat dan perbuatan Allah.
ii. Menangguh-nanggguhkan taubat
Memang benar kalau kita bertaubat dengan taubat nasuha, semua dosa kita akan terampun. Tetapi adakah jaminan kita akan bertaubat seperti yang dirancang. Mungkin saja nyawa kita diambil secara tiba-tiba sebelum kita bertaubat. Mungkin juga umur kita sampai ke usia tua tetapi kita tidak teringat untuk taubat.
iii. Panjang angan-angan
Orang yang panjang angan-angan mempunyai perancangan hidup didunia dan mencari kekayaan yang tiada batasnya. Kekadang umur dah lima puluh atau enam puluh tetapi tidak ada masa untuk berzikir dan membaca Quran, solat pun selalu lambat.
iv. Banyak mengerjakan maksiat
Orang yang melakukan banyak dosa, hatinya kotor dan semakin gelap sehingga akhirnya mata hatinya tidak dapat lagi melihat yang mana yang baik dan mana yang buruk. Dia akan mudah terpedaya dengan syaitan yang memang sedaya upaya mengkafirkan orang yang dekat ajalnya.
v.Membunuh diri
Orang yang tidak sabar menghadapi musibah Allah, lalu membunuh diri akan mendapat kemurkaan Allah dan sudah pastilah tempatnya di neraka.
vi. Munafik
Yang dikatakan munafik adalah tidak sama zahir dengan batin, lain di luar lain di dalam e.g orang yang berpura-pura beriman. Azab yang disediakan untuk orang munafik lebih dasyat dari siksaan bagi orang kafir.
No comments:
Post a Comment