Entah kenapa secara tiba-tiba saja bulan Disember ni...aku rajin sikit membaca buku terutamanya pada waktu malam sebelum tidur.... so far aku dah habiskan membaca buku 'Aku Terima Nikahnya' garapan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.... it is a nice book, isi bahasa santai....tapi penuh pengajaran2....aku boleh menggambarkan tempat2 yang dinyatakan oleh penulis dalam kehidupannya di UK seperti Hyde Park dan sebagainya ....mungkin kerana pengalaman berada di sana suatu waktu dahulu........aku penah berangan2 untuk menyusur sungai Thames menaiki bot atau sampan....tapi selepas 6 tahun berada di UK dan kemudian berada di sana semula selepas 5 tahun bekerja....hasrat tersebut tidak pernah terlaksana jua....sebabnya waktu tu aku tak jumpa lagi hero seromantik Shah Rukh Khan atau hero Winter Sonata untuk menemaniku.....huhuhu.
Aku tertarik dengan motto yang dipegang oleh penulis ini "Erti Hidup Untuk Memberi"....Memang fitrah semulajadi manusia akan sentiasa ingin mendapat dan menerima sesuatu....tetapi adakala realiti kehidupan tidak sebegitu.... adakala kita patut memberi....membaca nukilan kehidupan penulis, kita dapat memahami maksudnya...... Penulis menerima jodoh beliau dengan seorang doktor seadanya walaupun sedar isterinya akan sentiasa on calls.....beliau gembira melaksanakan kerja2 rumah yang sepatutnya dilaksanakan oleh isterinya di rumah dan berulang alik dari tempat kerja beliau ke tempat kerja isteri....sewaktu pulang ke Malaysia, penulis sibuk menerima undangan berceramah ke sana sini di samping tanggunjawab beliau di IJN....namun begitu both reda dan gembira dengan kerterbatasan waktu untuk bersama membina keluarga dan mendidik anak2.....hmmm pasangan yang tidak dapat ke hulu ke hilir seperti berlangkas all the time akan lebih menghargai waktu2 yang dilalui bersama......spend quality time together lebih bererti daripada tinggal sebumbung tapi hati dan jiwa masih dicengkam rasa sunyi kerana masing2 sibuk dengan aktiviti sendiri .... :P
Buku kedua yang ku beli ialah La Tahzan...siri 1, aku baru mula membacanya....dan yang ketiga ialah 40 Amal Penghapus Dosa dan Kematian Yang Menyedihkan.... Aku beli kedua2 buku ni di kedai buku di jalan TAR....nantilah aku ulas bila dah selesai membacanya.....
No comments:
Post a Comment