Monday, December 8, 2008

Update Blog....



hmmm pagi tadi on the way nak gi breakfast terserempak dengan Kak Ana, dia tanya dah ok tak blog?...aik bila ditanya begitu aku rasa kena taip something untuk tambah contents blog ni......dah beberapa hari aku biarkan ia sepi....aku tak pasti nak citer pasal apa sebenarnya...actually, aku selalu bertembung dengan kak Ana dalam lift especially lift pintu belakang ofis.... tapi kami tak penah bertegur sapa...yang aku tau dia secondee kat ofis .... sampailah kursus kat PD baru ni....barulah bertegur sapa....itupun setelah diperkenalkan.... Aku penah terbaca umat Islam yang baik ialah yang dahulu memberi salam dan beramah mesra.....hmm susah gak nak praktikkan tu....aku memang ambil masa sikit nak tegur orang .......aku sanggup membisu dan berdiam diri ....selagi tidak ditegur....tapi kalau dah kenal .... non stop lak aku boleh bercakap..... :)) hehehe.

Ohh ya, semalam aku pergi beraya ke apartment sepupuku, kak Noi dan abang Borhan di Presint 9.....waktu tu hujan renyai2....abang Borhan takde kat rumah sebab berada di surau untuk menguruskan korban2 lembu sempena Aidil Adha........yang ada Kak Noi dan anak-anaknya...lama dah tak jenguk mereka ni...ada la setahun kut.....Dah besar anak-anaknya....yang sulung dah berada di tahun akhir UiTM Dungun, kedua di Matrikulasi, seorang di sekolah menengah dan yang bongsu berumur 6 tahun.... Dulu masa mula keje di KL aku selalu pergi ke rumah mereka di Taman Melati.......kecil2 jer budak2 tu waktu tu...selalu ada botol susu dan permainan bersepah2 dengan buaian kat ruang tamu....cepatnya mereka membesar..... dan sedang menggapai impian masa depan masing2.... hmmm buat aku tersedar sejenak dan menggamati kehidupan peribadiku sendiri.......need to rejuvenate, new stimulation perhaps.....

No comments:

Post a Comment