Thursday, December 18, 2008

Catatan Balik ke Temerloh.....


Mak dah selalu calls suruh balik untuk settlekan dokumen loan rumah dengan bank...tiap kali mesti aku balas dengan jawapan favouriteku 'iyelah mak, nanti Yong balik'....tapi aku duk tangguh2, malasnya nak naik bas ni....untuk drive bersendirian melalui Genting Sempah dan highway tu sampai bila2 pun aku tak sanggup.......last2 tak tertanggung rasa guilty....semalam aku nekad ambil cuti..... pukul 9.30 aku berada di atas bas Bulan Restu ke Temerloh ....... tak ramai penumpang... ada la 12 orang, kebanyakkan ladies...guy cuma seorang.....sepanjang perjalanan lagu2 Jay Jay berkumandang....mendayu2 dan menusuk kalbu jer kedengaran.... kebetulan pemandunya masih muda...tentulah jiwang...takperla asalkan dia tak ngantuk dan fokus pada jalan tak hilang....

Aku ambil kesempatan untuk membaca buku [La Tahzan siri 1] ....all these while nak cuba baca....tak juga baca2 walau 1 mukasurat.... hmm semasa bas meluncur tu, aku dapat membaca buku tu up to page 80. Bagus buku tu....betul2 boleh menyejukkan hati.... ...secara ringkasnya kita tidak perlu mengingati masa lalu, menghadirkan kedukaan dan kegagalan dimasa lalu dalam kehidupan kita pada hari ini adalah sesuatu perbuatan yang sia2 sebaiknya kita hendaklah memberi seluruh perhatian kepada kehidupan hari ini, gunakan setiap saat dan minit untuk memperbaiki kualiti kehidupan dan amalan-amalan terhadapNya. Penulis memberi cadangan agar kita menulis "Hari Ini Milik Anda" di hati, moga kita akan menyibukkan diri memperbaiki diri. Manakala masa depan pula usah terlalu difikirkan kerana ia akan menyebabkan kecemasan, kebimbangan yang tidak berasas....hanya pada ALLAH kita berserah, mendekatkan diri padaNya dan bersolat 5 waktu akan memberi ketenteraman dan menjadikan diri kuat dan tabah menghadapi segala-galanya. Diunjurkan mengucap "Hasbunallah wa ni'mal wakil" (Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung) di saat menghadapi kesempitan, perlakuan zalim, harta yang berkurangan dan sebagainya......

hmmm banyak lagi pengajaran...kalau nak ulas memang panjang....tapi aku tersentap bila dapat tahu yang Rasulullah pernah mengikat batu ke perutnya untuk menahan lapar.....huhuhu.... aku kalau lapar sikit, mula lah berkeluh kesah dan merungut....itu baru perkara kecil....sesungguhnya kesusahan, kegundahan dan dugaan hidup yang kita terima pada hari ini tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan dugaan dan cabaran yang diterima oleh Rasulullah dan para sahabatnya....

Aku sampai di Temerloh lebih kurang pukul 11.30 pagi, bila turun dari bas, mak dan abah dah sedia menunggu. Kemudian abah terus memandu ke pejabat lawyer tu... waa banyaknya dokumen yang perlu aku tandatangan dan letak initial ... 11 thick booklets, lenguh tangan ku.....lepas tu kami bertiga pergi lunch kat restoran di depan bus station Temerloh.....kami makan berhidang... ada lauk puyuh sambal goreng, ayam panggang, ikan patin masak tempoyak, mempedal ayam goreng, kacang kelisa masak lemak, ikan merah bakar, sambal belacan...minuman pulak air tembikai dan barli suam.....sedap masakan di restoran ni....ada rasa, mak kata restoran ni memang sentiasa jadi tumpuan berbanding restoran2 lain....selain sedap harga makanannya juga berpatutan..............hmmm harga hidangan yang kami makan tu cuma rm 25.50 ajer....sunggguh murahkan !! .... :), kalau ada kawan2 yang nak datang ke Temerloh aku akan suggest untuk cuba masakan di sini....kalau tak silap nama restoran tu ialah Restoran Sakinah....

Lepas makan aku ingat nak ambil bas balik ke KL pada pukul 2.00 petang....tapi kaunter guy tu bagi aku tiket pukul 1.30 petang, waktu bas nak bertolak sibuk dia panggil aku supaya naik atas bas......Sebak rasa bila bersalaman dengan abah dan mak ni....waktu bas bergerak, mak dan abah lambai2 tangan kat aku...lagila aku rasa sedih.... dalam bas aku cuba baca lagi buku La Tahzan tu.... tapi cam tak masuk....aku layan perasaan jer la....sebelum sampai ke KL aku sempat tido dengan nyenyak.......

No comments:

Post a Comment