Make every day count. Appreciate every moment and take from it, everything that you possibly can, for you may never be able to experience it again.
Tuesday, June 5, 2012
Samsung Galaxy SII dan Honda City
Thursday, March 22, 2012
Jericho Dalam Kenangan...
petang tu lepas sembahyang asar... aku nampak kaki kucing masuk melalui sliding door... bila aku selak curtain... aku nampak Jericho terbaring .... dia nazak... mata tertutup dan nafas pun turun naik... aku alaskan tilam dengan kain batik dan letakkan Jericho disitu..... bila aku panggil nama dia beri respon walau dalam keadaan lemah tak bermaya.... aku rasa amat sedih melihatkan keadaan Jericho tapi aku tak mengeluarkan air mata malam tu.... mungkin aku dah lama sedia menghadapi kematian Jericho... lagipun aku dah banyak menangis masa Jericho sakit a few times sebelum tu....
Thursday, January 5, 2012
Movies n Happy New Year....
oppps.... sebelum tu untuk menutup 2011, aku pergi dgn darling tengok movie Mission Impossible: Ghost Protocol....berbaloi tengok dan kebetulan...ni pun hero kesukaaan gak....hensem, senyuman menarik dan macho2 lembut.....hehe dia nostalgic....idola masa kat study kat UK dulu2....poster besar Tom Cruise sentiasa ada kat dalam bilik.....tiap2 tahun bertukar2.....dulu, kini dia tetap aku suka....
Friday, December 10, 2010
Laksa Goreng Pulau Pangkor...

Tuesday, July 13, 2010
Syoknya Cuti… !!!!
.................................................................................................................................
Tiap2 hari pun selepas tu… kami pergi ke Bukit Malawati…. Syok ke situ sebab pemandangan dan of course sebab monyet2 tu….huhu bentuk muka buminya yang berbukit2 tu …. mengingatkan aku kat Edinburgh, Scotland pulak…di samping tu both of us pergi ke Taman Alam …. Jalan kaki sejauh 4 km…. a few times terserempak dengan biawak yang melintas lorong pejalan kaki…..aktiviti lain ialah makan dan makan…..pergi ke different restoran atau kedai makan……ada satu restoran dihujung bangunan berhampiran dengan masjid pekan menyediakan pasembor yang sungguh sedap rasanya…….
Sayangnya kat sini tak ada kedai makanan laut……. Aku dah terbayang2 nak makan lobster aiyooo…..Untuk non muslim quite a few di Pasir Penambang anyway kami singgah di kedai makan ala2 seafood jer… order kerang bakar, tom yam campur, sotong goreng bersalut tepung…. …..Nasib baik kawan darling sunggest agar makan di Jeram…. On the way balik kami singgah di restoran makanan laut di Pantai Jeram…. Pesan ikan kerapu masak stim, ketam goreng pedas, sayur baby kalian ikan masin, udang dan sotong bersalut tepung, air kelapa dan jus orange…. Harga not bad untuk 2 orang makan…. Hampir rm90.00… …..Sebelum sampai ke rumah darling singgah di I-city….macam masuk tempat alien … dapat lihat pokok2 dan replika lain berwarna- warni….. overall aku berpuashati…….hehehe memang syok bercuti ni….. (gambar aku upload nanti )
Wednesday, March 31, 2010
Pelakon Lelaki Korea 2

Monday, March 8, 2010
Xperience Gubal Soalan
Pada 28 Februari - 5 Mac 2010 baru ni, aku berada di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam... menjadi salah seorang panel penggubal peperiksaan PTK... first time terlibat dalam penggubalan soalan peperiksaan awam ni.... setiap minit berfikir untuk menghasilkan soalan yang baik... first two days pening kepala juga nak ikut konstruk dan kemahiran yang ditetapkan ...bila soalan siap dan dan dibuat verification... prosesnya bertambah mudah..... at the end of the days... everyone felt relief n satisfied...seperti something has been lifted up from our head...huhuMmmm kesian pada kucing2 ku .....terkejut sebab kena tinggal tiba2... maklumla agak lama juga aku tak outstation sejak Oktober tahun lepas ......Comel demam panas, Jericho luka2 di tangan... dah jadi macam kucing terbiar dan tak bertuan bila duduk kat luar rumah.... Oren daripada gebu dan bulat jadi kurus sedikit... ada kudis kat telinga... dan dia ambil masa nak suaikan diri dengan aku... 2 hari lepas aku balik, baru la dia berani duduk2 dan manjakan diri kat aku... kalau tak panggil pun dia buat tak tau jer.....hehe merajuk kena tinggal lama kut.... Yang ok Blackie jer.... ceria dan manja macam biasa.....cuma kurus sedikit ajer.
Monday, February 22, 2010
Pelakon Lelaki Korea


Monday, October 19, 2009
Imej Baru...
Friday, September 25, 2009
Hutan Lipur Lentang...
Sunday, August 16, 2009
Nasi Ayam Penyek Kuching...
Selain tu, aku sempat juga pergi ke Pasar Satok beli ikan terubuk masin sebagai pembuka selera di bulan puasa nanti… then pergi juga kat kedai kek lapis Dayang Salhah di Kampung Gersik….bermacam2 jenis kek lapis home made….pengunjung boleh merasa sample kek2 lapis yang telah dipotong2 kecil sambil duduk2 di atas sofa yang disediakan…..rasa kek lapis di situ berlainan daripada yang dijual di kaki2 lima kedai di bandar Kuching maupun yang dihidangkan oleh hotel tempat aku menginap…. teruja juga dan aku beli 2 jenis kek lapis……hmmm pergi jalan2 waktu outstation ni memang tak puas, maklum masa amat terhad…. mee kolok lum sempat rasa....Next year aku rasa nak bercuti kat sini… nak pergi shopping kat Sariken, tengok Rainforest Music Festival dan naik boat across the river.....
Sunday, August 9, 2009
Pesta Flora....
Hmm mula2 tu nak pergi hari Sabtu tapi anak sedara aku Daniel kena demam, so plan2 ngan my sister nak pergi hari Ahad, 9 Ogos 2009….janji pukul 9.00 pagi…Aku sampai kat rumah my sis pukul 9.15 pagi, ingat depa semua dah bersiap… hening dan sunyi saja… bibik yang tolong buka pintu… rupa2nya my sis sekeluarga baru bangun tidur… ….Sementara tunggu they all bersiap aku tengok tv...... sempatla tengok kartun Xmen dan Tom n Jerry then makan nasi goring….Sampai kat tapak pesta flora tu hampir pukul 11.00 pagi… matahari dah terik gak waktu tu….aku pakai topi dan bawa payungla… …beli air minuman then masuk ke tapak flora indoor …. Banyak juga gubahan2 dari bunga2 yang cantik….geram tengok bunga2 yang cantik… snap a few pictures, cantik tak yang aku upload ni???……then jalan2 tengok tapak flora outdoor…..ada tapak jualan pokok2 bunga dan barang2 perhiasan rumah dan juga kain baju….aku beli sepasu orkid warna purple…harganya rm12 n baja rm14…. Untuk kenangan jer…aku harap pokok orkid tu akan survive well di bawah jagaan aku… so far aku tak pernah tanam atau jaga pokok orkid ni….aku suka roses, lily dan orchids… tapi untuk ditanam di kawasan rumah, aku akan pilih pokok yang senang aku nak tinggalkan untuk outstation macam kaktus….. :P
Sempat juga we all naik shutter , dibawa pusing2 tapak pesta flora ni… ada gubahan2 bunga oleh Jabatan Kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta…. semua pun menarik dan ada keistimewaan tersendiri….. matahari semakin terik dan badan rasa belengas…..anak2 sedara aku dan merengek2 lapar dan penat ….then kami pun balik…. on the way balik singgah kat Jusco Equine… lunch kat Kenny Rogers …. Then aku balik terus ke rumah dan tak singgah ke mana2….masa mandi sental badan dengan lulur, kulitku dah terbakar.....malam tadi lak masa nak masuk tidur perut rasa lapar sangat… nak makan roti tapi tak ada dalam simpanan, yang ada cuma maggie mee… tak ada mood nak makan maggie mee tengah malam buta….nak tak hendak terpaksa la masak nasi….. lega tengok dalam almari ada kari ayam dalam tin ….waa makanan dalam tin ni penyelamat keadaan….panaskan sekejap dan makan dengan nasi tu….simple jer tapi waktu tu aku rasa makanan tu sungguh lazat....aku tidur dengan nyenyak lepas tu….huhuhu
Tuesday, August 4, 2009
Satu Hari Yang Penuh Peristiwa.....
Tiba-tiba jer hujan turun dengan lebatnya waktu aku sedang sibuk2 mengemas…. Lega by 7.15 am…hujan dah berhenti . Aku memandu quite berhati2 sebab maklum jalan licin… semasa aku mengambil selekoh berhampiran ofis… tiba2 bas Nadi Putra berwarna merah di depanku membelok ke kiri…. badan bas tu menyilang …. Aku tekan brek sebelum kereta melanggar badan bas tu…tetapi kereta aku pulak terpusing dan naik ke bahu jalan….memang tak boleh buat apa2…aku dah suspen takut kereta terbalik….aku tekan brek dan kereta berhenti… nasib takde apa2…. Aku jeling pada bas tu… aku tengok bas tu turunkan seorang penumpang lelaki di tepi jalan……..ada kereta Wira putih duk tunggu bas tu beredar….aku bengang betul…suka2 saja bas ni nak membelok dan turunkan penumpang walaupun di depan selekoh, lepas tu pergi macam tu jer………. Aku tak sempat nak ambil nombor pendaftarannya……Aku call rakan ofis dan beritahu yang aku kemalangan .... minta dia datang segera… Aku cuba nak drive kereta ke jalan semula… tapi sebab bahu jalan tu tinggi… aku tak berani, tunggu jer sampai rakan ofis datang…..
Lepas makan dan minum aku jadi cool sikit....Then pukul 11.00 pagi, rakan aku tiba dengan kereta ofis… dia bawa bersama seorang pembantu. On the way, singgah sebentar untuk lunch di sebuah restoran di Taman Melati baru.... Kami tiba di Kuala Krau pukul 2.40++ pm… pekannya kecil sahaja tetapi tak sangka jauh kedalam di kiri kanan jalan terdapat banyak penempatan dan kampung2…..aktiviti lewat petang yang telah diatur oleh penganjur ialah lawatan ke Pusat Pengembangan Akuakultur, Perlok, Jerantut… tempat semaian benih ikan…. seronok juga tengok anak2 ikan ni….(huhu aku uploadkan gambar salah satu ikan kat situ….comel tak ikan Tapah tu???)...Sebelum waktu magrib, kami dijamu dengan durian kampung, rambutan kuning dan merah…..di samping tu, ada pertunjukkan kebudayaan yang menarik oleh masyarakat Orang Asli……
Sunday, August 2, 2009
Nursing Kucing....
Oren dan Comel bukan makin sihat selepas balik dari klinik, tetapi makin demam dan bersin saja... sampaikan Blackie dan Jericho turut terkena jangkitan...... dari kucing yang sihat dan aktif, Blackie tiba2 jer kena demam teruk... siap kena sakit mata lagi....bibir dia siap jadi hitam kebiru-biruan.... Aku terpaksa minta kebenaran untuk balik ke rumah dari bos kejap.... aku rasa tak sedap hati... takut2 bila sampai kat rumah kucing aku dah kaku dan kejang.... kebetulan pagi tu aku dapat tahu dari sumber internet kalau kucing kena selsema teruk... sebenarnya 80% nyawanya dalam bahaya.... ada tip kalau lidah kucing dah hitam... untuk elakkan jadi tambah teruk... titiskan dengan air kelapa.... Aku singgah kat kedai mamak dan beli sebiji kelapa.... minta pekerja kedai mamak masukkan air tu dalam plastik...Sampai kat rumah aku masukkan air kelapa dalam mangkuk plastik, lepas tu aku baca la fatihah, ayat Qursi dan Bismillah Enam pada air kelapa tu ....pastu aku tangkap Blackie .... aku ngagakan mulut dia dan titiskan air kelapa....meronta2 tak mau telan air kelapa tu... aku terpaksa berleter.... 'Kie, nak baik ke tak mau' #@??!....hehehe aku assume kucing tu faham la.... lepas tu aku paksa gak kucing2 lain tu telan titisan air kelapa tu....lepas tu aku balik semula ke ofis.... nasib la rumah dekat jer dengan ofis....Tuesday, July 28, 2009
Le Paris Hotel...
Pada 21 hingga 24 Julai 2009 yang lepas aku berada di Hotel Le Paris, Port Dickson. Hotel pilihan officemate ...sebelum ni tak pernah ke sana.... hotel tu terletak berhampiran pekan PD....hotel lama, furniture dan carpet nampak cam antik .....pun begitu the service dll overall ok. Makanan banyak choice gak dan sedap.... cuma we all 45 orang ajer, kebetulan masa tu takde Kementerian/Jabatan lain yang ada mesyuarat di situ.... walk in guest pun tak ramai... Bilik aku mengadap laut.... jelas kelihatan kapal2 yang berlabuh.... saujana mata memandang melihat kapal dan laut ni.... pun begitu ada waktu laut bergelora...dua malam berturut laut bergelora.... bunyi angin bertiup kuat macam orang menangis dan merintih.....suspen gak ... tak semena2 jer aku teringat pada Tsunami... dan tragedi kapal Titanic tu... huhuhu.Aku teringin nak berendam kat kolam renang dan jakuzinya yang mengadap laut.... tapi lupa pula bawa swimming suit.... tak ramai guest yang mandi manda kat situ... mungkin they all pergi jalan2 di pekan PD takpun main games... kat sini ada kemudahan bowling alley dan games machines... one of the day selepas bertungkus lumus membina bahan, peserta mesyuarat adakan perlawanan bowling... ada 4 group semuanya... aku dan colleague sponsor hadiah. Aku tengok happy benar peserta mesyuarat main bowling.... Setiap kumpulan pun dapat hadiah hamper .... bukan kalah menang yang utama... yang penting friendship spirits.
Lepas check out hari Jumaat tu, aku ke ofis dulu hantar LCD dan bahan2 mesyuarat.... petang tu aku pergi minum2 dengan mentor aku..... then aku drive balik... Sebaik aku sampai ke rumah, mula2 yang aku check ialah kesan bedah kucing2ku... waa aku panik sebab ada nanah dan kesan luka..... nak pergi ke klinik jer...tapi St. Angel tu dah tutup pada pukul 5.00 petang... malam tu keadaan haru biru, Oren dan Comel asyik bersin dan nafas turun naik....Esoknya aku standby awal2 lagi untuk bawa kucing2 tu ke klinik haiwan.... aku tengok doktor tu senang ajer picit2 nanah kucing tu, sapu ubat dan pakaikan kolar supaya depa tak jilat kesan luka tu... kesian aku tengok rupa Oren dan Comel bila dipakaikan kolar... monyok terus dan Comel asyik tunduk, tak mau angkat muka... doktor bagi banyak ubat dan chargenya pun boleh tahan mahal... rm 138.
Sunday, July 19, 2009
Coretan Bulan Julai... Huhu
Demam
Thursday, June 25, 2009
Outstation di Labuan
Kunjungan ke Labuan pada kali ini merupakan yang ke 3... aku pernah ke sana long time ago, masa tu duduk di Hotel Waterfront. Sempatla pergi ke Taman Burung dan Muzium Hidupan Laut waktu tu.... banyak tempat boleh dilawati kat Labuan ni... kena pergi bercuti bukan atas urusan kerja barulah seronok.....Anyway, keesokkan paginya pemandu dan 2 orang pegawai pengiring datang ke hotel pada pukul 8.30 am. Selepas urusan kerja selesai, lewat petang pada 23 Jun 2009, aku dan KU pergi jalan2 cari makan dan tempat untuk shopping... kami masuk ke kedai kain ela the Modern Boutique dan the Newstore, aku beli dua set kain ela berharga RM 210 termasuk lining....rasanya harga kain tu kat Gulati's di Alamanda sama saja.....then singgah kat kedai coklat dan perfume....akhirnya sekali kami singgah kat tempat makan2 berhampiran jetty....tempat tu kalau dijaga dengan baik, tidak seperti waterfront di Kuching.... kami makan ikan kerapu masak 3 rasa, baby kailan goreng belacan dan udang goreng cili dan berkunyit + air kelapa.......then hampir Magrib, kami balik semula ke hotel...
Keesokkannya selepas selesai urusan kerja kami ke kedai fozen food SSB, berhampiran hotel untuk order udang kertas...... tapi tak ada stok.... so order udang bunga, termasuk bungkusan RM 35. Balik ke hotel ....kemas barang then driver datang dan hantar kami ke airport....plane selamat mendarat pada pukul 7.50 pm.... waktu aku beli tiket KLIA ekspress ke Putrajaya, aku tanya cashier tu lagi berapa minit train nak berlepas, dia kata lagi 2 minit... waa aku ingat dah tak sempat naik train tu....huhuhu lega! lega! dapat juga aku naik sebelum pintu tertutup rapat.....kalau tak aku kena tunggu another 30 minutes for the next train....letih haa...
Pagi semalam kat pejabat, aku tengok atas meja ada desktop baru jenis Acer, flat skrin... happy tak terkata, senyum manis daa....technician kata semua pegawai yang masih guna desktop hitam jenis Dell dapat jenis flatskrin tu.....waa berkat kesabaran la ni...hehehe luckier than those yang dapat awal sebelum ni.... awal tahun 2009, ramai pegawai dapat komputer baru....jenis Acer tapi skrinnya square, big and bulky... aku dan rakan yang namanya belum tersenarai hanya boleh lihat dan bersabar saja...maklumlah komputer yang kami gunakan tu dah berusia 7 tahun.....Hmmm aku nak tengok gak expression rakan2 aku yang masih outstation...bila depa balik next Monday, tentu yang baru dapat akan happy, manakala yang dapat komputer baru bulky dan square tu sebelum ni tentu mencebik......hehehehe nak wat camne kan!!!...
Tuesday, June 16, 2009
17CCEM.....

Setiap hari kami akan bertugas dari pagi hingga ke 8 pm atau 10.30 pm. Bertugas di kaunter pendaftaran walaupun pengalaman baru ...tidaklah merumitkan...cuma perlu key in data dan ambil gambar passport size photograph seperti di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara....tapi yang memeningkan kepala ialah menangani kerenah peserta forum, mesyuarat, petugas pameran, pihak media dan lain-lain... The first two days, everything went fine... then pagi third day tu tiba2 sistem komputer down, hanging sedangkan queque panjang untuk dapatkan pass.......sewaktu sistem komputer ok, queque bertambah panjang........ peserta yang datang dari luar negara, aku tengok sabar menunggu giliran masing2.... tapi lain pulak dengan peserta dari Malaysia...... banyak sangat makanan berempah dan yang pedas2 kut tu sebabnya tak sabar dan mudah naik angin.... rakan setugas aku mengadu dia dimarahi oleh seorang lecturer pada awal pagi2 pagi sebelum 7.20m sewaktu kaunter baru nak dibuka.......agaknya lecturer tu rasa diri dan jawatan dia tu besar sangat......
Friday, May 22, 2009
Hmm... Melaka
Tahun lepas aku plan2 nak adakan mesyuarat di Melaka... tapi sehingga akhir tahun 2008 tiada kesempatan juga bermesyuarat di Melaka.... lebih berat ke JB, Kuantan, Kuala Terengganu, Miri takpun di hotel2 di sekitar Kuala Lumpur ajer....akhirnya pada 19 hingga 22 Mei 2009, aku ke Melaka... mesyuarat kat Hotel Orkid, hotel pilihan rakan sekerja... dialah yang menguruskan pakej dan segalanya....Sunday, May 17, 2009
Petua Imam Shafie
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi 4.
Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.